Pakatan Rakyat Lancar Jentera Pilihan Raya

PAKATAN Rakyat (PR) nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk menghadapi pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung 25 April nanti. Baru sekejap tadi PKR telah melancarkan jentera pilihan rayanya yang dirasmikan oleh Pengerusi PKR Selangor bersama para pemimpin Pas dan DAP.

Majlis itu bertempat di Dewan Komuniti, Kuala Kubu Baru .

Lebih 1,500 hadir pada majlis tersebut. Kebanyakan yang hadir ada para petugas jentera berkenaan dan juga pemerhati dari luar yang sudah mula memberi tumpuan ke Hulu Selangor.

Melihat kepada semangat yang ditunjukkan pada majlis itu seolah-olah Pakatan Rakyat sudah meninggalkan UBN jauh ke belakang. UBN yang akan menurunkan calon dari MIC masih belum muktamad siapakah calon mereka. Antara tiga nama yang disebut, Kamanathan, Mugilan dan Palanivel calon yang tewas dalam pilihan raya lalu.

PKR pula sudah pasti akan menurunkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim. Tidak ada persoalan lagi yang kedengaran mengenai calon PKR, semuanya sepakat menerima Zaid sebagai calon.

Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Hassan Ali, yang mewakili Pas dan Tan Seng Giaw, Teresa Kok dan mewakil DAP menyerlahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat. Selain dari mereka turut hadir pemimpin PKR Selangor, Mohd Azmin Ali, Syed Shahir Syed Mohamud, Teresa Kok, Abdullah Sani dan lain-lain.

Dewan komuniti yang boleh memuatkan 1,500 orang penuh melimpah. Melihat kepada yang hadir termasuk Cina, India dan Melayu yang berkopiah menjelaskan kehadiran itu adalah kombinasi antara ketiga parti Pakatan Rakyat.

Semua pemimpin tertinggi parti turut memberi ucapan sebagai muqadimah dan alu-alu kepada pilihan raya berkenaan. Nasharudin dalam ucapannya, memberi perakuan Pas akan berkerja seperti mana parti itu sendiri yang bertanding bagi memastikan kerusi berkenaan kekal kepada PKR.

Katanya kemenangan di Hulu Selangor adalah penting dan menjadi anak tangga untuk ke Putrajaya. Kerana itu beliau menyeru supaya pilihan raya itu dihadapi dengan serius.

Sementra itu Khalid Ibrahim yang berucap dan melancarkan jentera berkenaan berkata, kemenangan boleh dicapai dengan berkerja kuat. Paling penting katanya petugas parti kena mendekati rakyat.

Sebagai simboliknya beliau telah menyerahkan name tag dan bendera kepada tiga ketua yang mewakili tiga Dun di kawasan parlimen berkenaan.

Dalam pada itu untuk menghadapi pilihan raya berkenaan PKR telah menyediakan 3,000 petugas jentera pilihan raya dan jumlah itu tidak termasuk mereka yang datang membantu secara sukarela samada dari PKR, Pas atau DAP.

Manakala menurut Nasharudin Pas juga sudah bersiap awal dan bersemangat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Katanya Pas telah menyewa 60 buah rumah untuk para petugas mereka dari seluruh negara turun ke Hulu Selangor.

Esok Pas akan melancarkan jenteranya sendiri untuk membantu memastikan pilihan raya berkenaan dimenangi Pakatan Rakyat. Nasharudin adalah Pengarah bagi pihak Pas dalam pilihan raya berkenaan.

http://msomelayu.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.