Yahudi Menggenggam Dunia

Apabila isu Apco yang dikaitkan dengan Israel didedahkan, banyak pihak bertanya seakan-akan tidak percaya: “Betulkah negara kita – negara Islam- ada hubungan dengan Israel yang merupakan musuh utama Islam?”

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

Selain Apco, kita juga menggunakan kepakaran Asiasoft, syarikat yang didaftarkan di Singapura dan berpengkalan di Tel Aviv bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini, beliau dikatakan mempolitikkan keselamatan negara. Apakah maksud mempolitikkan keselamatan negara? Saya rasa pendedahan oleh Anwar Ibrahim patut dilihat dari sudut menjaga keselamatan negara agar rahsianya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak diingini.

Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah dituduh ada kaitan dengan kuasa luar iaitu Amerika Syarikat. Rupa-rupanya tuduhan itu bukan sahaja liar, bahkan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada bangkai gajah – maklumlah bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

D’Esraeli dalam bukunya Coningsby mengatakan:”Dunia sekarang diperintah oleh orang-orang dengan cara berbeza daripada apa yang ada dalam benak orang-orang yang tidak mengerti hakikat persoalan. Lebih jelasnya, penguasa itu bukan raja atau perdana menteri. Lalu siapa gerangan para penguasa itu? Ini merupakan misteri yang harus diungkap sehingga kita dapat menguasai mereka dan menciptakan perdamaian.”

Otto Von Bismarck, kaunselor tangan besi dari Jerman menggambarkan adanya sebuah kekuatan yang tidak kelihatan, yang kehadirannya boleg dirasakan, dinamakan Imponderabilia, yang ertinya ‘tidak bisa dibayangkan.’

Israel mempunyai cita-cita besar untuk menguasai dunia. Kita pula mencanang ke seluruh dunia bahawa musuh utama kita ialah Israel. Oleh itu, kehadiran mereka secara langsung, mahupun tidak langsung, dalam bentuk apa jua tidak harus dibiarkan.

http://satumalaysia.wordpress.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.