Tahniah Pasukan Negeri Sembilan(Kemaskini)

KUALA LUMPUR, 10 April — Negeri Sembilan, skuad Rusa, menjuarai Piala FA — kali kedua sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1990.

Pasukan pimpinan Wan Jamak Wan Hassan ini menewaskan Kedah menerusi tendangan penalti ‘sudden death’ 5-4.

Negeri Sembilan dua kali memasuki final Piala FA dan memenangi kedua-dua saingan.

Keputusan terpaksa ditentukan menerusi tendangan ‘sudden death’ selepas terikat 4-4 dalam pusingan pertama sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas bermain 120 minit.

No comments

Powered by Blogger.