Roh perpaduan Melayu — Mior Kamarul Shahid
24 JULAI — Perbalahan sesama orang Melayu bukanlah perkara baru dalam konteks politik Malaysia. Orang Melayu diheret dalam perbalahan siasah akibat perbezaan ideologi yang berpanjangan, walaupun pada permukaannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Perbalahan berlaku kerana pemimpin PAS yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan politiknya tidak dapat menerima perjuangan Umno yang berteraskan kepada semangat nasionalisme.
Walaupun orang Umno dan PAS adalah orang Melayu beragama Islam, perbezaan politik ini menjadi penghalang untuk mereka berada dalam satu pasukan. Mereka sebenarnya tahu dan boleh menghayati roh peribahasa ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Jika insaf terhadap makna peribahasa itu, apa yang dibahaskan hari ini, tidak perlu berlaku. Malangnya mereka lebih cenderung ke arah melakukan tindakan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.
Dalam kalangan segelintir orang Melayu ini, mungkin akibat kecewa atau marah, mereka sanggup melihat orang Melayu berkubur. Waktu itu mereka sendiri akan menangis tanpa lagu. Mereka sanggup melakukan penentangan ini sedangkan mereka tahu rata-rata orang Melayu mengharapkan perpaduan Melayu.
Ketidaksefahaman sesama orang Melayu yang beragama Islam ini sebenarnya dicetuskan oleh segelintir pemimpin parti yang taksub dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Daripada satu alasan kepada satu alasan mereka lontarkan untuk mewajarkan bahawa mereka menolak perpaduan bangsa.
Akhir-akhir ini rakyat kian jelas siapa yang benar-benar ikhlas mahu berusaha menyatupadukan Melayu dan siapa pula yang menjadi dalang untuk memusnahkan masa depan bangsa dan mahu melihat orang Melayu tersungkur di bumi sendiri.
Mereka yang menolak perpaduan ini sanggup berputih mata asalkan hati dan emosi mereka puas. Jika ego orang tertentu ini dapat diperbetulkan atau mereka sendiri sedar akan akibat suatu hari nanti anak cucu cicit menyoal kesilapan besar yang mereka lakukan ketika Melayu berpeluang untuk bersatu dan menjadi bangsa yang teguh.
Umumnya, pertelingkahan politik hanya berkisar pada peringkat pimpinan parti. Pada peringkat rakyat, keadaan adalah terkawal. Pertelingkahan peringkat atas menyebabkan orang Melayu terikut-ikut dengan rentak pemimpin mereka. Jika hitam kata pemimpin mereka, maka hitamlah kata pengikut mereka.
Seandainya pemimpin PAS menerima pelawaan Umno untuk bergabung semula dalam Barisan Nasional (BN), seluruh anggota parti itu akan bersama mereka.
Berasaskan realiti politik dan sejarah, Umno dan PAS pernah bergabung, kemudian berpecah semula. Bila PAS keluar BN, pengikut mereka mengikut gelagat pemimpin mereka membenci BN dan UMNO seterusnya tercetus isu dua imam, haram makan sembelihan orang Umno dan sebagainya.
Hari ini, usaha untuk menyatupadukan orang Melayu timbul semula. Ada yang bercakap mengenai perpaduan Melayu dalam konteks bekerjasama antara Umno dan PAS dan ada versi mengenai penyatuan atau gabungan parti Melayu.
Dalam konteks kerjasama, tiada sebab kedua-dua pihak menolak cadangan berkenaan demi untuk kebaikan demi masa depan bangsa. Perbincangan mengenai perpaduan Melayu bukan perkara baru. Ia menjadi topic perbualan di mana-mana oleh sesiapa saja. Ia topik mudah dibincangkan, tetapi entah mengapa ia sukar dilaksanakan.
Hari-hari orang Melayu berhubung sesama sendiri tanpa apa-apa masalah. Bertemu di mana-mana, masing-masing memberi dan menjawab salam, di pejabat, mereka bekerjasama tanpa mempedulikan pendirian politik masing-masing. Mereka minum di kantin beramai-ramai tanpa perlu tahu siapakah calon atau parti yang mereka undi dalam pilihan raya.
Walaupun tidak bertegur sapa, mereka tetap tidak bermasam muka. Jika terlanggar mereka akan meminta maaf.
Di sekolah pun begitu juga. Anak-anak duduk berhampiran dalam kelas, bergaul mesra dan sebagainya tanpa mengetahui pendirian politik ibu bapa masing-masing. Di hospital, pesakit diletakkan sebelah menyebelah bercerita mengenai penyakit yang mereka tanggung.
Di pasar kita membeli ikan atau sayur di gerai orang Melayu tanpa mempersoalkan latar belakang peniaga atau peniaga tidak mengambil kisah pun ideologi politik pelanggan mereka itu. Bagi peniaga, siapa saja pelanggan, mereka terima dengan hati terbuka. Pada hari mulia, mereka bermaaf-maafan.
Dalam kehidupan harian, orang Melayu tidak berpecah. Walaupun tidak bercakap kerana tidak mengenali antara satu dengan lain, mereka tidak bergaduh atau bertengkar tanpa sebab kerana mereka adalah orang Melayu. — Berita Harian

No comments
Post a Comment