Penaja Kajian NWRS Berkepentingan

SHAH ALAM 24 Julai - Pimpinan Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil pendekatan berbeda daripada Barisan Nasional dalam isu pengurusan air.

Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharon dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata prinsip kerajaan negeri menetapkan kebajikan rakyat harus diutamakan bukan keuntungan untuk kontraktor kroni.

Menurutnya, tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengungkitkan isu penasihat Kerajaan Selangor berhubung soal pembekalan air adalah untuk menutup hakikat bahawa tiga syarikat yang menaja Kajian Sumber Air Nasional (National Water Resources Study, NWRS) mempunyai kepentingan dalam Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor.

Beliau menambah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak keberatan untuk mendedahkan nama-nama penasihat berhubung soal pembekalan air kepada rakyat Selangor. Datuk Seri Noh Omar tidak perlu sibuk mencabar Kerajaan Negeri. Padahal Menteri Besar and pimpinan kerajaan negeri sentiasa telus dan membenarkan rakyat Selangor memperolehi maklumat berkiatan dengan kepentingan mereka.

Sehubungan itu, katanya lagi, dengan perubahan prioriti baru, Kajian NWRS yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) 10 tahun lalu iaitu tahun 2000 berkenaan pengurusan sumber air di Semenanjung Malaysia adalah tidak lagi relevan masa kini.

Dr Badrol Amin berkata, ketiga-tiga syarikat penaja kajian NWRS: SMHB Sdn Bhd, Ranhill Bersekutu Sdn Bhd dan Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam projek penyaluran air mentah itu menyebabkan kesahihan fakta kajian NWRS menjadi persoalan.

Beliau seterusnya berkata keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan kajian semula mengenai pengurusan dan permintaan air di Selangor pada ketika ini dan masa akan datang adalah tepat sama sekali dalam memastikan kekayaan rakyat Selangor tidak dirampas untuk kekayaan kroni-kroni pimpinan Umno.

"Apakah pimpinan Umno Selangor juga terlibat dalam projek tersebut sehingga terlalu ghairah menggesa Kerajaan Selangor melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor?," sebut kenyataan media itu lagi.

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3519

No comments

Powered by Blogger.