Ampun Tuanku, patek menjunjung kasih.

Tun Ling Liong Sik tidak sedih dengan penggantungan anugerah gelaran Dato’ dari Sultan Selangor baru-baru ini. Beliau berkata, “Tuanku mempunyai hak untuk menganugerah dan menarik balek apa-apa gelaran yang yang diberikan kepada sesiapa”.

Sesubgguhnyah itu merupakan kata-kata yang sangat baik dari Tun Ling kerana memahami keadaan dan sebab kenapa Kebawah Duli Tuanku Selangor menarik balek gelaran yang diterimanya beberapa tahun dahulu. Semangat dan kefahaman yang ditunjukkan oleh Tun Ling itu amat diterima baik.

Tuanku Sultan telah bertindak menarik balek beberapa gelaran kepada orang yang telah menerima anugerah serta gelaran dari Sultan Selangor sebelum ini kerana beberapa salah laku yang tidak setimpal dengan ketinggian nilai anugerah-anugerah serta gelaran-gelaran yang dianugerah Tuanku Sultan.

Sesungguhnya orang-orang yang mendapat gelaran tinggi seperti itu memang sepatutnya datang dari orang-orang yang tinggi nilai dan mertabat peribadinya. Apabila seseorang itu mendapat gelaran adalah menjadi tanggung jawab masing-masing untuk menjaga ‘integrity’ peribadi dan harga diri yang tinggi disisi masyarakat setimpal dengan anugerah-anugerah yang mulia itu.

Itulah sebabnya dahulunya untuk mendapat gelaran dan anugerah-anugerah ini memang suatu perkara yang sangat susah dan jika mendapatnya orang yang menerimanya adalah mereka yang tidak dapat dan mampu dipesoalkan oleh sesiapa tentang ‘integrity’ dan nilai diri mereka disisi masyarakat.

Tetapi sekarang keadaan sudah berubah begitu ketara. Ramai diantara yang menerima anugerah-anugerah banyak yang boleh dipersoalkan kedudukkan ‘integrity’ mereka disisi masyarakat dan negara. Ramai yang mungkin menyasmpah dengan kenyataan saya ini, tetapi apakan daya; yang kenyataan tetap kenyataan dan yang benar tetap berada dipihak kebenarannya.

Ramai yang bergelar dan bernama yang telibat dengan salah laku seperti rasuah, salah guna kuasa dan melanggar banyak tata susila masyarakat dan ada yang menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kelakuan dan sifat mereka yang bergelar dan bernama ini.

Bagi masyarakat yang unggul mereka mengharapkan mereka yang bergelar dan bernama ini untuk menjadi kebanggaan masyarakat dikeriah dan kawasannya dan dalam waktu dan masa yang tertentu menjadi pelindung kepada mereka.

Lain-lain perkataan mereka-mereka yang terlibat dalam hal-hal tidak bermoral dan yang ada kecenderungan untuk menjadi perosak kepada bangsanya serta negaranya tidak sepattnya mendapat pertimbangan untuk menerima-anugerah-anugerah yang tinggi dan mulia ini.

Tindakkan Tuanku Sultan Selangor ini amat disukai rakyat dan tindakkan Tuanku Sultan ini boleh diterima sebagai pelajaran yang berharga untuk pihak-pihak yang lain untuk melihat anugerah-anugerah ini sebagai perkara yang letaknya tinggi dari perkara-perkara yang lain.

Jika setiap pihak melakukan seperti yang ditunjukkan oleh Tuanku Sultan Selangor itu nescaya secara beransur-ansur gelaran dan nama itu akan hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dalam erti kata yang hakiki untuk menerimanya.

Kita benar-benar ingin melihat jika seseorang itu bergelar Dato’ biarlah seseorang itu tidak ada rekod menipu atau melakukan kerja hina seperti rasuah dan salah guna kuasa. Anugerah gelaran dan kebesaran ini biarlah diberikan kepada mereka yang telah banyak menabur jasa serta ubudiyah kepada masyarakat dan negara.

Biarlah anugerah-anugerah tersebut diberikan kepada anak-anak Malaysia yang telah membangunkan negara dengan sumbangan besar seperti mereka yang telah membangunkan teknoloji dan ‘invention-invention’ yang memberikan faedah kepada negara yang dahagakan pembangunan ini.

Sekarang ini jika diteliti secara halus, saya mempunyai satu pandangan; terlalu ramai lagi akan kehilangan gelaran mereka jika semua Istana mengambil isu ini sebagai isu yang serius lantaran mengambil tindakkan sewajarnya kepada pesalah-pesalah moral ini.

Kami berharap apa yang dilakukan oleh Tuanku Sultan Selangor itu akan menjadi pelajaran berguna untuk semua, supaya gelaran itu hanya diberikan kepada mereka yang bersih dari persepsi kotor rakyat dan negara.

Ampun Tuanku, patek menjunjung kasih.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.