Paris Hilton Dilarang Berada Di Dua Tempat Peranginan
SELEBRITI Paris Hilton (gambar) dilarang berada di dua tempat peranginan Wynn di Las Vegas ekoran penangkapannya atas dakwaan memiliki kokain.
Tempat-tempat peranginan tersebut ialah Wynn Las Vegas dan Encore.
Dia ditangkap pada 27 Ogos lalu bersama sejumlah kokain di Wynn, Las Vegas apabila dadah berkenaan terjatuh dari begnya ketika dia cuba mencapai gincu.
Hilton bagaimanapun dijadualkan menghadapi pertuduhan pada 27 Oktober ini di Nevada
No comments
Post a Comment