Jalan Raya Tidak Sempurna Penyebab Kemalangan Di Kelantan - Nik Aziz
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemudahan jalan yang tidak sempurna di Kelantan penyebab banyak kemalangan berlaku di negeri ini terutama pada musim perayaan. Mursyidul Am PAS itu berkata, kebanyakan jalan di Kelantan, termasuk jalan Persekutuan sempit dan tidak mampu menampung kenderaan yang bertambah setiaptahun.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan, terutama mereka yang akan kembali berhari raya di kampung masing-masing supaya berhati-hati memandu.
“Antara punca kemalangan jalan raya kerap berlaku di negeri ini adalah disebabkan jalan raya di negeri ini, sama ada jalan Persekutuan atau jalan negeri, sempit dan tidak diselenggara dengan baik sedangkan kenderaan bertambah,” katanya kepada pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Wad Orthopedik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini,Khamis. Hadir sama, Pengarah Hospital berkenaan, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasiruddin Daud dan beberapa anggota Exco. - BERNAMA

No comments
Post a Comment