Menjaga kesihatan dalam Islam





Ustazah Azhani Abu Basri

Guru Kanan Andalus Woodlands Point

MENJAGA KESIHATAN DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu (hr Bukhari) dan sabdanya lagi: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah (hr Muslim)

Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman) (hr Ibnu Majah). Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris "Prevention is better than cure"atau "Mencegah itu lebih baik daripada berubat".

Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w : "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat". (hr Bukhari)

Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesehatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam dab jampi syar'i...

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya: "Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku". (hr Ahmad dan Muslim)

Wallahua'lam,

Sekian wassalaamu'alaikum wr wb

Rujukan: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba'i dan Dr.Muhammad 'Ali Bar.

No comments

Powered by Blogger.