Nadal juarai Terbuka AS
Akhirnya berjaya gondol kesemua empat pertandingan Grand Slam
NEW YORK: Selepas bergelar juara pertandingan Tenis Terbuka Amerika Syarikat kelmarin, Rafael Nadal kini menjawab satu soalan yang kerap ditanya oleh umum.
'Saya fikir adalah bodoh untuk bercakap tentang siapakah yang lebih baik antara saya dengan Roger Federer,' kata Nadal setelah menyingkirkan Novak Djokovic 6-4, 5-7, 6-4, 6-2 dalam final yang juga tergendala kerana hujan.
'Berdasarkan bilangan gelaran yang telah dimenanginya, Federer adalah lebih baik daripada saya. Jadi, buat masa ini, memang benar jika Federer adalah lebih baik daripada saya dan saya fikir ia akan berterusan sepanjang hayat saya,' kata Nadal selanjutnya.
Federer, 29 tahun, telah menggondol 16 kejuaraan Grand Slam sementara Nadal, 24 tahun, sekadar sembilan kejuaraan. Tetapi kejuaraannya kali ini sungguh bermakna.
Nadal menjadi pemain ketujuh dalam sejarah menggondol kesemua empat pertandingan Grand Slam.
Selain itu, Nadal menjadi pemain pertama sejak kejayaan Rod Laver 41 tahun lalu menggondol empat kejuaraan - Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat dalam satu musim.
Bahkan, sejak Nadal mula melangkah ke gelanggang tanah liat sebagai pemain muda, beliau sentiasa dilontarkan pertanyaan yang sama apakah beliau akan muncul sebagai pemain paling unggul dalam sejarah dunia?
Apa yang jelas, servis Nadal semakin mengancam dan berbahaya. Pukulan volinya tepat dan tahap kecergasan begitu unggul.
'Saya tidak boleh gambarkan kegembiraan saya. Saya telah beraksi dengan cemerlang pada perlawanan yang paling penting dalam Terbuka Amerika Syarikat. Sudah tentu saya wajar berasa gembira,' kata Nadal.
Ramai yang mungkin terlupa tentang masalah yang dihadapi Nadal tahun lalu. Beliau mengalami kesakitan pada lututnya sehingga terpaksa menarik diri daripada mempertahankan kejuaraannya dalam pertandingan Wimbledon.
Selepas itu, beliau mengalami sakit perut dalam pertandingan Terbuka Amerika Syarikat.
'Kehidupan boleh berubah. Jika difikirkan keadaan saya 10 bulan lalu, saya tidak mungkin mengecap kejayaan seperti ini. Kini, saya seolah-olah salah seorang pemain terbaik dunia,' jelas Nadal selanjutnya.
Tetapi apa kata Djokovic tentang Nadal?
'Tidak syak, Nadal terbukti terlalu gagah, terlalu pantas dan terlalu unggul.
'Yang jelas, Nadal terus menunjukkan graf kemajuan pada setiap hari dan setiap tahun.
'Permainannya terus meningkat,' demikian hamburan pujian Djokovic. -- Reuters.

No comments
Post a Comment