2011 cabaran besar buat demokrasi di Malaysia
25 JAN — Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Sudah terlalu lama tidak menulis. Kesibukan di hujung tahun bagi menyelesaikan pelbagai perkara menghambat minat untuk memberikan komen-komen terhadap isu-isu semasa yang melanda negara.
Alhamdulillah semua pekerjaan penting telah berjaya diselesaikan, kini sudah terdapat waktu untuk berada di hadapan komputer bagi menaip kembali.
Menjelmanya 2011 bermakna Malaysia hanya mempunyai kurang dari sepuluh tahun sebelum 2020. Melihat situasi hari ini, bagaimanakah penilaian kita? Apakah Malaysia mampu mencapai Wawasan 2020 seperti yang diimpikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu?
Dari segi politik, kini rakyat Malaysia telah mempunyai pilihan. Pilihanraya umum (PRU) ke 12 pada 8 Mac 2008 membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berhadapan dengan demokrasi yang lebih luas.
Pilihanraya yang bersejarah tersebut telah melahirkan pencabar kepada parti Barisan Nasional (BN) yang telah menguasai politik Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan.
Lahirnya Pakatan Rakyat (PR) telah menyemarakkan lagi demokrasi di Malaysia. Persaingan diantara BN dan PR dalam memenangi hati rakyat Malaysia menjelang PRU ke 13, memberikan rakyat peluang untuk membuat perbandingan.
PR yang pertama kalinya mempunyai peluang untuk memerintah berberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terpaksa berhempas pulas untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk mengambil alih kekuasaan daripada BN.
Sementara BN yang baru diambil alih oleh Datuk Seri Najib Razak terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kuasa tradisi yang telah diwarisi semenjak turun temurun. Najib sudah pasti tidak mahu menjadi perdana menteri terakhir dari BN.
Pilihanraya kecil bertalu-talu
Belumpun sempat bermulanya proses penamaan calon di DUN Tenang, ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia.
Ini bermakna, di awal tahun 2011, Malaysia sudah mempunyai dua pilihanraya kecil (PRK). Cuma kali ini, PRK akan berlangsung di dua negeri yang menjadi kubu kuat tradisi BN iaitu negeri Johor dan Melaka.
Seperti yang sering saya tulis di dalam penulisan sebelum ini, PRK akan memberikan “economic stimulus package” kepada sesuatu kawasan tersebut. DUN Tenang dan Merlimau akan di penuhi dengan penyokong-penyokong BN dan PR.
Selain itu, pengamal media, pemerhati politik serta badan bukan kerajaan (NGO) akan turut membanjiri kedua-dua kawasan ini.
Di dalam kehidupan yang semakin sukar pada hari ini di mana harga barang naik berterusan akibat daripada naiknya harga petrol, PRK akan banyak membantu ekonomi rakyat di Tenang dan Merlimau.
Merlimau akan mejadi PRK yang ke 15 berlangsung selepas PRU 12. Ertinya, semua pihak yang berkepentingan di dalam pilihanraya di Malaysia sudah mempunyai 15 peluang untuk menilai sokongan rakyat terhadap mereka.
Selain itu, PRK juga membantu badan penggendali pilihanraya seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk berlatih sebelum berhadapan dengan pilihanraya yang lebih besar seperti pilihanraya negeri ataupun PRU.
Debat terbuka budaya demokrasi
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri untuk berdebat bersamanya mengenai isu program 100 hari Pakatan Rakyat.
Cabaran debat ini tidak di sambut dengan positif oleh perdana menteri malahan beliau kelihatan cuba mengelak dengan menimbulkan isu-isu lain seperti kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang tersebut.
Selepas itu, timbul pula isu cabar mencabar di antara Ketua Pemuda parti Umno dan PKR. Pada mulanya, Khairy Jamaluddin yang juga ketua pemuda Umno menawarkan diri untuk berdebat dengan Anwar bagi mempertahankan Najib.
Kemudian, ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar pula mencabar Khairy untuk berdebat dengan beliau. Majlis Tertinggi PKR pula menawarkan Rafizi Ramli untuk berhadapan dengan Khairy.
Akhirnya, perdebatan tidak jadi. Yang jadi hanyalah perlawanan cabar mencabar di antara parti-parti politik yang berlawan. Rakyat Malaysia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada perlawanan cabar mencabar ini.
Seharusnya, semua pihak harus sedar bahawa tujuan perdebatan bukanlah untuk memperlihatkan siapa yang lebih jaguh dalam berkata-kata. Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia, terutamanya pengundi untuk menilai hujah-hujah daripada pendebat untuk mereka cernakan dalam pemikiran dan menambahkan ilmu.
Selain itu, hasil daripada perdebatan ini akan menjadi bekalan kepada pengundi sebelum membuat keputusan untuk mengundi dalam pilihanraya. Jika semua pihak dapat berfikir sebegini, tidak akan timbul isu siapa ketakutan untuk berdebat secara terbuka.
Kita harus sedar bahawa Malaysia telah ketinggalan jauh berbanding dengan Indonesia dan Filipina yang lebih maju demokrasinya. Mahu atau tidak, rakyat Malaysia harus melalui proses demokratisasi ini untuk menjadi negara yang maju bukan sahaja dari segi ekonomi, akan tetapi dari segi ketamadunan bangsa.
Rakyat menjadi ekstrim?
Secara umumnya, rakyat Malaysia “partisan” terdahap parti-parti atau kelompok politik yang mereka sokong. Tidak ramai yang mampu atau faham dengan konsep “non partisan” politik di mana dasar atau isu yang lebih penting berbanding individu atau kelompok politik.
Ertinya, sesuatu sokongan itu diberikan berdasarkan dasar-dasar yang di perjuangkan atau isu-isu yang diangkat berbanding dengan kulit atau baju politik. Majoriti rakyat Malaysia masih lagi partisan terhadap parti-parti yang mereka sokong.
Di Malaysia pada hari ini sama ada anda BN atau PR. Tidak ada istilah garis tengah. Ini bukan sahaja melanda rakyat biasa akan tetapi turut berada dalam pemikiran golongan terpelajar.
Dari pengalaman peribadi, saya pernah berhadapan dengan situsasi sebegini. Satu ketika dahulu, saya pernah menghadiri majlis ucapan seorang tokoh negara yang seringkali saya kritik semenjak zaman mahasiswa.
Di majlis tersebut, saya ditegur oleh seorang penyokong tegar tokoh tersebut yang mengenali saya dari penulisan yang saya tulis sebelum ini. Penyokong tokoh tersebut mempersoalkan tentang kehadiran saya di majlis tersebut dan meminta saya untuk meninggalkan majlis tersebut.
Dengan berat hati saya meninggalkan majlis tersebut walaupun sedang fokus mendengar ucapan dari tokoh tersebut. Walaupun begitu, saya tidak marah. Saya anggap ini adalah satu proses sebelum Malaysia mempunyai demokrasi yang lebih matang.
Hari ini kita dapat menyaksikan sikap “ekstrim” di kalangan penyokong-penyokong kedua-dua BN dan PR. Penyokong BN akan melawan apa saja yang datang dari PR. Begitu juga penyokong PR. Mereka akan melawan atau mempertikaikan apa saja yang datang dari BN.
Yang sayangnya, kadangkala yang datang dari BN atau PR itu adalah perkara yang baik. Sikap ekstrim telah membutakan mata dan hati. Sebab itu pentingnya Malaysia untuk mempunyai kelompok NGO non partisan yang kuat.
NGO non partisan yang menyokong kebenaran tanpa mengira parti politik. Ia juga akan menentang ketidakadilan tanpa mengira dari parti politik yang mana satu dasar yang tidak adil itu datang.
Saya akan huraikan dengan lebih lanjut dalam penulisan akan datang menegenai pentingnya NGO non partisan dalam masyarakat yang merayakan demokrasi.
Rakyat Malaysia akan lebih faham bahawa dalam masyarakat yang mempunyai 27 juta penduduk, BN dan PR terlalu kecil berbanding dengan kekuasaan yang ada di tangan rakyat dan inilah yang dinamakan dengan “people power” atau kuasa rakyat.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

No comments
Post a Comment