Gunung diramal meletus 26 tahun
SIDOARJO: Sebuah gunung berapi berlumpur Indonesia diramalkan akan meletus tanpa henti untuk sekurang-kurangnya 26 tahun lagi, termasuk mengeluarkan gas berapi menerusi tasik lumpur.
Tekanan bawah tanah menjadi punca gunung berapi Lusi di Jawa Timur di sini, berkemungkinan mengeluarkan lumpur kelabu sehingga isinya habis pada 2037, kata saintis. Namun, gas akan terus keluar selama beberapa dekad dan abad akan datang.
“Kami menjangka letusan akan berterusan hingga 26 tahun sebelum letusan menurun ke paras sesuai dan bagi Lusi untuk bertukar kepada gunung berapi berbuih perlahan,” kata ketua pasukan saintis, Richard Davies, profesor sains Bumi di Universiti Durham, di timur laut England.
Tiga belas orang terkorban apabila Lusi meletus 29 Mei 2006. Pada kemuncaknya, gunung berapi itu mengeluarkan ledakan lumpur bersaiz 40 kolam Olimpik setiap hari, satu kadar yang berkurangan kepada empat kolam sehari, kata Davies menerusi telefon.
Tasik lumpur gunung itu kini menenggelamkan 12 perkampungan pada kedalaman sehingga 15 meter dan memaksa kira-kira 42,000 penduduk berpindah.
Simulasi komputer itu adalah berdasarkan data daripada perigi gas komersial sedia ada di rantau sama dan data gambaran seismik yang memberi gambaran struktur geologi Lusi.
“Di pertengahan tasik atau gunung berapi, wujud satu lubang dengan lebar 50 meter namun ada 166 lubang lain yang muncul sejak lebih empat tahun lalu,” kata Davies.
“Ia muncul di kilang, jalan raya, di rumah penduduk. Sesetengahnya menyala, ada kejadian penduduk cedera akibat api yang terbentuk ketika nyalaan.”
Beliau memberi amaran, kuasa yang ada pada Lusi adalah jangka panjang namun secara berperingkat kurang dramatik.
“Anda tidak boleh kembali ke sana. Malah, pada akhirnya kesan gunung berapi akan meningkat,” kata Davies.
“Saya fikir kami sudah melihat kemusnahan paling dramatik. Namun ia bukan penamatnya. Lubang ini masih terbentuk.” – AFP

1 comment
26 tahun lagi kita kat mana ye..mungkin sudah hancur sebelum letusan
Post a Comment