Anwar gesa dunia Islam, PBB henti segera pembunuhan di Libya
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekerasnya tindakan kejam yang dilakukan pemerintah di Libya yang melakukan tindakan pembunuhan ke atas rakyatnya yang menentang kerajaan.
Anwar menggesa dunia Islam dan masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera menghentikan pembunuhan tersebut.
“Kita mengutuk keras tindakan pimpinan Muammar Gaddafi kerana terus menindas dan mendera rakyat serta mendoakan rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang zalim dan rakus.
“Sementara itu menggesa dunia Islam dan masyarakat antarabangsa termasuk PBB mengambil tindakan segera menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya,” kata Anwar selepas mengadakan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Keadilan petang tadi.
Keganasan pemerintah Libya ke atas rakyatnya masuk hari ke 10 selepas rakyat di negara itu bangkit mendesak pengunduran Muammar Gaddafi dari tampuk kekuasaan.
Polis dan tentera yang diarah membunuh orang awam yang berhimpun membantah diktator itu menyaksikan angka korban kini dianggar mencecah 400 orang. Kemuncak kezaliman dilakukan pemerintah Libya apabila mengarahkan serangan dilakukan melalui pesawat udara ke atas penunjuk perasaan.
Tindakan itu dikatakan yang paling keras di dunia arab selepas kejatuhan pemimpin Tunisia dan Mesir oleh kuasa rakyat baru-baru ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan di negeri Pakatan Rakyat telah menguruskan penghantaran pulang pelajar Malaysia dari negeri-negeri Pakatan yang menuntut Mesir.
“Langkah yang telah diambil, ke empat negari telah dimaklumkan termasuk pengiriman pelajar pulang ke Mesir. Kami di Pakatan rakyat mengalukan langkah positif itu walaupun kita dapati media tidak memberikan liputan,” katanya.
Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengulangi tawaran untuk menanggung kos menghantar pulang pelajar rakyat negeri ini bagi menyambung kembali pengajian di Mesir.
Ia merupakan projek di bawah Operasi Ehsan Pelajar Mesir-Selangor membabitkan kesemua pelajar yang berasal dari negeri itu yang dianggar lebih 600 orang.
Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali penghantaran pulang ke Mesir itu membabitkan tiga penerbangan dan 15 Mac merupakan tarikh terakhir penghantaran pulang.

No comments
Post a Comment