Fitnah II: Catatan masa rakaman CCTV tidak selari
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II semakin bercelaru, kali ini melibatkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan masa yang direkod di pintu utama dan lif tidak selari.
Peguam Anwar, Sankara Nair merujuk catatan rakaman video yang menunjukkan individu dipercayai Saiful Bukhari Azlan menaiki kereta Fiat Ulysse nombor plat WPK 5925 memasuki kondominium pada 2.47 petang menggunakan pintu utama.
Bagaimanapun, rakaman kamera di lif mencatatkan masa 2.42 pagi apabila individu berkenaan naik ke tingkat lima premis berkenaan.
Ini mendorong Sankara menyoal ASP Fauziah Che Mat sama ada penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer, dipantau Juruanalisis Audio dan Video Makmal Forensik PDRM itu untuk mengesan perbezaan masa.
“Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah. Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV,” kata Fauziah.
Terdahulu, Fauziah dalam keterangannya menyatakan DSP Jude Blacious Periere pada 3 Julai 2008 hadir ke makmal forensik untuk menyerahkan dua cakera keras video keselamatan CCTV untuk dianalisis.
Proses perbicaraan memasuki minggu ketiga yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

No comments
Post a Comment