Besar Pengorbanan Yb, Mati Dulu Baru Duit Projek Masyuk. Lepas Ni Siapa La Pulak?

RM10j bangunkan DUN Kerdau

TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini.

Projek berkenaan adalah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan menggantikan paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan balai bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tidak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya hendak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan iaitu majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di sini semalam.

No comments

Powered by Blogger.