Kesian Dengan Ularmark Umno Yang Dibuang.
Mohd Noor terus cabar Nik Aziz
HULU LANGAT: Cabaran 'muhabalah' Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih terbuka, sehinggalah Menteri Besar Kelantan itu bertaubat.
Mohd Noor berkata, beliau tidak pernah berhenti meminta Nik Aziz bermuhabalah dengannya membawa isteri, anak dan sanak saudara bersama-sama bermunajat kepada Allah bagi mendapat petunjuk ekoran dakwaan pemimpin parti pembangkang itu membuat pertuduhan liar terhadapnya.
“Saya beberapa kali meminta beliau (Nik Aziz) bersemuka dan membuat muhabalah namun sehingga kini tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar Kelantan itu. Kalau ada pun menerusi media apabila Nik Aziz bersetuju mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan bukannya dengan saya sendiri,” katanya ketika ditemui selepas Forum Perdana Maulidur Rasul, Kesatuan 1 Ummah 1 Malaysia, anjuran Umno Hulu Langat di sini, kelmarin.
Hadir sama Ketua Umno Bahagian Hulu Langat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Ab Aziz, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Markiman Kobiran dan penceramah bebas, Dr Redhuan Tee Abdullah.
Ditanya sama ada beliau akan menggunakan pentas berkempen di DUN Kerdau dan Merlimau bagi mendesak Nik Aziz bertemu dengannya, Mohd Nor yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) Pengkalan Chepa berkata, kesihatannya tidak mengizinkan, bagaimanapun tetap dengan pendirian melakukannya.
“Sejak beberapa hari ini suara saya serak namun jika diminta saya tak menolak bertemu dengannya (Nik Aziz) di kedua-dua DUN itu. Biarlah saya berehat sehari dua ini,” katanya.
Sementara itu dalam forum berkenaan, beliau mendakwa PAS hanya sebagai parti bertopengkan Islam di negara ini dan pemimpinnya sering membohongi umat Malaysia dengan cara berpakaian ulama serta tindak tanduknya.
“Cara berpakaian pemimpinnya sebagai ulama hanya sekadar memperdayakan umat Islam, khususnya orang Melayu di Tanah Melayu ini. Bagaimanapun, pembohongan mereka terbukti apabila mereka sanggup bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti DAP dan PKR bagi menjatuh dan menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno,” katanya.

No comments
Post a Comment