Tak Sebut Lansung Sultan Sulu Dengan UMNO? Malu Beb!

Siasatan ‘Sultan Sulu tidak libat Filipina

KOTA KINABALU 23 Feb. – Siasatan kes terhadap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Mohd. Akjan Ali Muhammad yang diisytiharkan sebagai Sultan Sulu baru-baru ini, tidak melibatkan negara Filipina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu hanya melibatkan masalah dalaman negara ini sahaja dan langsung tidak berkait dengan negara lain termasuk Filipina.

Menurut beliau, kes ini amat serius kerana melibatkan soal keselamatan negara, maka siasatan perlu dijalankan secara teliti dan mendalam dengan melihat pelbagai sudut.

“Polis memandang serius kes ini kerana ia membabitkan individu yang mengaku dia sebagai Sultan Sulu. Berikan masa kepada kita untuk menyiasat, saya akui ia agak unik yang memerlukan siasatan mendalam daripada pelbagai sudut sebelum tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Malaysia-Singapura membabitkan JSJ antara kedua-dua negara kali ke-123 di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah JSJ Singapura, Asisten Komisioner Hoong Wee Teck.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan mengenai isu-isu berkaitan jenayah yang mempunyai kepentingan bersama seperti isu pemerdagangan manusia dan pertukaran maklumat perisikan serta pengurusan.

Pada 2 Februari lalu, Mohd. Akjan dilaporkan ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas di sini.

Dilaporkan, majlis tersebut disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.

Berikutan pertabalan itu, Mohd. Akjan telah mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful Hashim II.

Tambah Mohd. Bakri, sehingga kini, 18 orang diambil kenyataan bagi membantu siasatan kes itu membabitkan ahli keluarga dan individu yang menghadiri majlis pertabalan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis belum memanggil dan mengambil kenyataan daripada Mohd. Akjan termasuk tidak membuat sebarang penahanan berhubung kes itu.

No comments

Powered by Blogger.