AMK: KPT tak patut layan mahasiswa macam budak sekolah
KUALA LUMPUR: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pentadbiran universiti di negara ini, supaya memberi kuasa kepada mahasiswa untuk mengendalikan pilihan raya kampus (PRK).
Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata ia dapat mengelakkan dari memecah belah kesatuan mahasiswa dengan label politik seperti pro-pembangkang dan pro-kerajaan.
Beliau bimbang percaya label politik itu akan membawa masuk budaya kotor yang diamal parti pemerintah seperti politik ugut, politik wang dan politik takut.
Katanya, ia berkait rapat dengan insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tegas Saifuddin, KPT dan pentadbiran universiti tidak perlu menganggap mahasiswa seperti ‘budak sekolah’ sehingga segala-galanya dilarang.
“Universiti tidak membenarkan mahasiwa mengadakan manifesto, sudut pidato dan kempen berkumpulan kerana takut yang tidak bersebab terhadap gerakan mahasiswa,” katanya.
“Adalah matang jika ditubuhkan jawatankuasa khas antara KPT, Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan mahasiswa bagi membincangkan format baru pada masa depan untuk membolehkan mahasiswa mengendalikan sendiri PRK.,” katanya

No comments
Post a Comment