Siri 01: Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau, Nan?

Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakub, samada sememang hidup dalam penafian atau memang tidak tahu. Apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada rakyat amnya dan pengundi Kerdau khususnya.

Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan ruang kempen di PRK N28 Kerdua ini untuk memperagakan segala kejayaan kerajaan Pahang. Kalau kerja dah dibuat dan rakyat dah diberi khidmat yang cemerlang, apa pelru sibuk untuk mengumumkan projek-projek ‘mee-segera’ termasuk yang perlu diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau.

Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut. Rakyat Pahang juga mengingatkan Menteri Besarnya bahawa kerajaan negeri sedang menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan YAB Dato Seri Adnan Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop. Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan tersebut ialah..Pada pendapat Audit…..adalah tidak memuaskan kerana…..Ini menyangkut pelbagai skop dan aspek pembangunan, samada yang berkaitan projek sakit dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa sehinggalah kepada urusan pengendalian kes di Mahkamah Syari’ah Negeri Pahang. Pada pendapat Audit ..tidak memuaskan ..kerana.. Rakyat seharusnya telah lama pecat CEO syarikat ini atau MB kerajaan negeri ini.

Cukup menga’ibkan.. Tak ada isu kata Adnan!

Sekadar mengambil contoh antara yang terbesar mengikut Laporan Ketua Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta bilamana empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs gagal membuat bayaran balik.

Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian, Menteri Besarnya masih boleh mengrahkan serta mengharapkan 50% dari keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang ‘touch’nya dengan realiti. inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisi mewawarkan bahawa kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap.

Oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam (public information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil bagi membenteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai satu langkah ‘Pertanggungjawaban Awam”.

PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semsasa GLCs negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Berdasarkan secebs pendedahan di atas, maka PAS/Pakatan Rakyat menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan seluruh negeri Pahang amnya.

Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar-belakang di bidang bahasa ’Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang ‘profesional’ dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri?

Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara ‘semak-imbang’ pelbagai kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah Umno/BN.

Tunggu pendedehan dalam blog ini, untuk hari-hari berkempen di PRK N28 Kerdau. Ikuti kempen jentera PAS/Pakatan @www.28kerdau.pas.org.my

http://blog.drdzul.com/2011/02/28/siri-01-betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-kerdau-nan/

No comments

Powered by Blogger.