Penari gelek dedah parti Perdana Menteri Itali

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0228/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

RUBY HEARTSTEALER RUBACUORI dan BERLUSCONI (gambar kecil).

GENOA - Seorang penari gelek, Ruby 'Heartstealer' Rubacuori mendedahkan, beberapa model separuh bogel melakukan persembahan lesbian untuk Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ruby yang berusia 18 tahun menyatakan dia duduk beberapa sentimeter dari Silvio yang berusia 74 tahun dalam satu parti di vila rumahnya.

Dalam salah satu parti yang diadakan di vila milik Berlusconi di Arcore, Itali, Ruby merupakan antara 30 gadis yang diundang untuk makan malam dengan Berlusconi.

Menurut Ruby, selepas makan malam, beberapa gadis mula menanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam dan mereka menari mengikut alunan muzik.

"Saya melakukan tarian erotik untuk perdana menteri (Berlusconi)," katanya kepada seorang wartawan akhbar The Sun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa model dan penghibur wanita yang amat cantik.

Ruby berkata, satu pasangan mula menari dan melakukan persembahan lesbian.

Penari itu menegaskan dia tidak melakukan hubungan seks dengan perdana menteri yang bertaraf bilionair itu.

Pendedahan itu dibuat selepas seorang hakim mengarahkan Berlusconi disiasat atas dakwaan membuat pembayaran untuk mendapatkan khidmat seks daripada seorang lagi penari gelek di bawah umur berketurunan Maghribi, Karima el-Mahroug. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.