Hampir 80 ditahan dalam demo anti rasis Umno
KUALA LUMPUR: Kira-kira 17 ahli Parti Hak Asasi (HRP) dan Hindraf ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi tadi kerana terlibat dalam perhimpunan membantah sikap rasis Umno.
Namun sumber polis kemudian dilaporkan jumlah yang ditahan di anggar meningkat kepada hampir 80 orang.
Mereka termasuk pemimpin pertubuhan HRP, P Uthayakumar yang ditahan lebih awal di rumahnya di Bangsar.
Polis turut membuat sekatan jalan raya bagi menggagalkan himpunan itu yang dirancang mengumpulkan kira-kira 3,000 masyarakat India di seluruh negara.
Sekatan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan jalan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh bagi menggagalkan himpunan yang dijadual jam 8 pagi di KLCC.
Polis turut bertindak memeriksa, menghalau dan mengarahkan peserta perhimpunan yang terdiri dari 30 peserta berdedar sebelum menangkap 16 daripadanya.
Pihak berkuasa turut menghalau individu berketurunan India yang berada berhampiran tempat kejadian walaupun mereka tidak menyertai perhimpunan itu.
Lebih 10 kenderaan polis dengan kekuatan kira-kira 200 anggota memantau sekitar tapak himpunan tersebut sebelum beredar pada jam 12 tengahari selepas keadaan kembali terkawal.

No comments
Post a Comment