Cabaran, debaran demokrasi — Mior Kamarul Shahid
FEB 27 — Pemilihan parti, pilihan raya kecil bukti kebebasan berpolitik di Malaysia
KEKERAPAN pilihan raya kecil membuktikan demokrasi subur di negara ini. Dari segi kegiatan politik, Malaysia dianggap antara negara paling dinamik menghidupkan dan menegakkan demokrasi. Amalan demokrasi di Malaysia berlaku sepanjang masa. Ia tidak putus dan bertali arus daripada satu peristiwa politik kepada peristiwa lain. Ini tidak termasuk peristiwa yang dipolitikkan.
Bukti paling jelas mengenai demokrasi di Malaysia ialah mengenai cakap-cakap politik yang terus berkumandang tanpa mengenal siang dan malam. Meskipun tempoh mandat diberikan rakyat kepada kerajaan masih panjang, spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah pun lama bermula sejak tahun lalu lagi. Pada hal segala peristiwa Pilihan Raya Umum 2008 masih lagi segar di fikiran.
Dengan kehadiran pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang diramalkan tidak lama lagi, ia menjadikan kegiatan politik di negara ini tidak pernah berhenti. Dua pilihan raya kecil serentak bagi kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang adalah contoh kecil untuk menjawab segala persoalan yang mendakwa kerajaan tidak demokratik.
Dengan ada pertandingan di antara parti kerajaan dan pembangkang lebih meyakinkan bahawa demokrasi subur di Malaysia. Parti kerajaan atau pembangkang tetap mengambil bahagian dalam pilihan raya yang diadakan kerana tidak mahu dianggap menolak demokrasi. Ahli atau penyokong mereka akan kecewa dan marah jika pimpinan parti memberi kemenangan mudah kepada parti lawan tanpa bertanding.
Kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti pada hari penamaan calon di DUN Merlimau dan Kerdau disusuli kegiatan berkempen siang dan malam sehingga malam terakhir hari mengundi, menunjukkan demokrasi di Malaysia bukan saja dipatuhi, tetapi meriah. BN boleh ‘masuk bakul angkat sendiri’ jika mahu mengatakan bahawa negara ini mempunyai rekod tersendiri dalam menegakkan demokrasi.
Rekod amalan demokrasi di negara ini sukar ditandingi khasnya oleh negara dunia ketiga lain, malah negara maju sekali pun. Cuma, yang berbeza ialah pendekatan rakyat negara maju kerana sikap ‘sporting’ mereka berbanding pendirian politik penduduk negara dunia ketiga. Negara maju khasnya yang mengamalkan sistem dua parti lebih mudah kerana tidak menghadapi masalah masyarakat majmuk.
Di Malaysia, dalam tempoh lima tahun setiap penggal pentadbiran sesebuah kerajaan, berbelas-belas pilihan raya kecil diadakan sebelum kerajaan yang memerintah mendapat mandat baru menerusi pilihan raya umum berikutnya. Kekosongan berlaku akibat kematian atau faktor lain yang dibenarkan undang-undang. Keadaan ini mendorong persaingan dan pertandingan yang membabitkan BN dan pembangkang yang hari ini diterajui DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bila berlaku pilihan raya, parti komponen BN ditentang pembangkang atau sesiapa saja yang mahu menjadi wakil rakyat secara bebas, jika mempunyai syarat yang ditetapkan. Sejak sebelum hari pembuangan undi lagi, pelbagai kegiatan politik sudah pun berlaku. Lobi-melobi untuk menjadi calon begitu aktif, sama ada di kalangan parti BN atau pembangkang. Demokrasi juga diamalkan oleh parti politik pada peringkat parti — bermula pada peringkat cawangan, cabang atau ranting diikuti bahagian, negeri dan Pusat.
Dalam BN saja, ada 13 parti gabungan yang perlu mengadakan pemilihan mengikut perlembagaan parti masing-masing, yang kebanyakannya diadakan tiga tahun sekali. Bila tiba tahun pemilihan, satu demi satu pemimpin daripada parti politik terpaksa menghadapi cabaran daripada ahli ketika Perhimpunan Agung parti masing-masing. Pertandingan bermula pada peringkat cawangan kemudian bahagian dan seterusnya ke jawatan pimpinan tertinggi.
Pelbagai jawatan mengikut hieraki dipertandingkan selain sayap parti Pemuda dan Wanita. Dalam UMNO pula ada Puteri UMNO. Pemilihan ini bukan saja membabitkan masa yang panjang termasuk waktu berkempen, membabitkan juga penyertaan ahli yang ramai. Parti pembangkang, walau pun mengadakan pemilihan sama, kebanyakan pemimpin tertinggi mereka masih kekal. PAS walau pun mengamalkan demokrasi, tetapi setiap kali memilih pemimpin, ia menggunakan pendekatan muzakarah. Mereka berunding dan bermuafakat untuk menentukan siapa yang sepatutnya memimpin mereka sebelum diterima muktamar agung parti itu.
Pemimpin utama DAP pula tidak ramai yang bertukar ganti. Segelintir pemimpin ini masih menentukan corak masa depan parti itu. Parti komponen BN juga mengalami proses sama. Ada antara pemimpin parti yang bertahan lama dan ada juga yang silih berganti. Ada antara mereka yang berundur akibat tewas, merajuk, keluar parti atau masalah peribadi. Dalam UMNO jika dilihat barisan Majlis Tertinggi (MT), kebanyakannya adalah muka baru. Ini menunjukkan ramai muka baru yang bertanding.
Ini adalah bentuk demokrasi yang dipilih oleh ahli UMNO. UMNO adalah parti yang agresif dilihat dari segi proses pertukaran pemimpin sering berlaku. Dalam UMNO sering berlaku pertandingan sengit hinggakan dalam beberapa pemilihan parti, Presiden UMNO sendiri ditentang. Jawatan Timbalan Presiden UMNO juga tidak terkecuali dipertandingkan, manakala Naib-Naib Presiden UMNO sentiasa berubah wajah setiap tiga tahun. Mereka bersedia naik dan turun daripada satu pemilihan ke satu pemilihan yang lain.
Mereka yang menang mengambil alih tempat mereka yang tewas dengan semangat demokrasi. Yang kalah boleh mencuba lagi dalam pemilihan berikutnya. Jika tidak setuju dengan sistem parti, mereka boleh keluar menyertai parti lain atau menubuhkan parti sendiri dan bertanding dalam gelanggang yang lain pula. Demokrasi di Malaysia tidak memilih jantina. Mereka boleh bertanding dalam parti atau pilihan raya. Jika ada pihak yang mengatakan demokrasi mati di Malaysia, sebenarnya mereka tidak mengenal erti demokrasi.
Malangnya, Malaysia dituduh sebagai tidak demokratik atas dakwaan bukan dasar. Berikutan peraturan yang ditetapkan untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar, maka kerajaan dituduh tidak demokratik. Contoh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi mengikut undang-undang. Jika ada pihak yang melanggarnya, tindakan terpaksa diambil. Tindakan undang-undang tidak boleh disalahertikan mempunyai kaitannya dengan demokrasi. Tindakan guru ke atas murid kerana sesuatu kesalahan disiplin, umpamanya, tidak bolehlah pula dasar pendidikan atau sekolah dipersalahkan.
Sekali fikir, apa perlunya pilihan raya kecil kerana kawasan itu boleh diwakili kerajaan negeri yang memerintah jika membabitkan DUN atau Kerajaan Pusat jika membabitkan kawasan Parlimen. Bagaimanapun, pilihan raya kecil ini perlu diadakan kerana ia tertakluk kepada undang-undang. SPR perlu memanggil pilihan raya kecil, bila berlaku kekosongan. Inilah keindahannya dalam demokrasi kerana rakyat diberi peluang memilih wakil mereka sekali lagi. Jika sekadar untuk mengawasi DUN, Ketua Menteri atau Menteri Besar boleh mengarahkan sesiapa saja di kalangan ADUN untuk berbuat demikian.
Rakyat boleh mengadu masalah mereka dan kerajaan negeri boleh menyelesaikan masalah mereka. Tetapi, peraturan pilihan raya menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan kerana sebarang kekosongan hendaklah diganti dengan cara demokrasi. Pilihan raya kecil juga memberi ruang kepada orang baru yang dipilih oleh parti untuk bertanding. Sekiranya mereka terlepas peluang bertanding sebelum ini, pilihan raya kecil ini memberi harapan baru kepada mereka. Pilihan raya kecil ini sebenarnya menjadi lambang amalan demokrasi di negara ini.
Kerajaan yang memerintah perlu akur dengan peruntukan undang-undang dan membenarkan rakyat memilih wakil mereka. Bagaimanapun, dalam mana-mana pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau kecil, ada peraturan yang perlu dipatuhi. Namun, pilihan raya kecil tidak menyekat perbincangan isu semasa asalkan ia tidak memberi kesan buruk kepada keselamatan dan ketenteraman awam. Sudah tentulah pelbagai tuduhan muncul ketika pilihan raya. Apabila tuduhan dibuat, sebelah pihak lagi menjawab dan melemparkan tuduhan lain pula. Ini perkara biasa dalam pilihan raya. Itulah sebabnya setiap parti perlu membuat pilihan tepat dan tidak ada masalah peribadi sebelum menjadi calon.
Pihak lawan masing-masing akan mencari apa juga kelemahan untuk memburuk-burukkannya supaya pengundi menolaknya. Dalam suasana politik hari ini, pilihan raya kecil dijadikan ujian awal sokongan rakyat sebelum menghadapi pilihan raya umum. Menang menandakan moral parti meningkat. Peningkatan atau penurunan sokongan rakyat diukur menerusi jumlah undi yang diperoleh. Semua ini menjadi perkiraan politik kerana dalam politik dan demokrasi ia adalah berkaitan dengan angka. Satu undi pun boleh mengubah segala-galanya. — Berita Harian
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

No comments
Post a Comment