Panau dan kurap dalam UMNO belum habis dirawat
Apa yang menarik dalam PRK Merlimau ialah, sebelum keputusan menang atau kalah ia telah mengajar pemimpin UMNO awal-awal lagi apabila Wanita Bahagian Jasin ingin memboikot PRK itu.
Menyingkap kembali selepas beberapa hari kematian ADUN Merlimau,Shahrizat Jalil terus membuat kenyataan agar pucuk pimpinan tertinggi UMNO meletak calun wanita di Merlimau dalam PRK.
Apabila kenyataan sebegini dibuat mendahului Presiden dan Timbalan Presiden Parti ia telah meletak harapan yang tinggi kepada Ketua Wanita Bahagian berkenaan untuk bersiap-siaga bersolek maklumlah... bakal menjadi calun seterusnya menjadi wakil rakyat dan bergentanyangan dengan ‘title’ Yang Berhormat.
Sebaliknya apabila Tan Seri Muhyiddin Yasin membuat pengumuman bahawa calunnya bukan dari kalangan wanita, Ketua Wanitanya Zaleha Bujang merasa tersinggung kononnya barisan atasan tidak pernah dengar dan pedulikan suara Wanita.
Mereka mula membandingkan keterbukaan pembangkang, apabila PAS meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang baru-baru ini. Maka begitu mudah UMNO masuk perangkap PAS.
Kerana malu tidak dipilih, Wanita UMNO Jasin bertindak ingin memboikot PRK dengan menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya kerana berasa keciwa dengan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Insiden ini seharusnya tidak dianggap insiden terpencil oleh UMNO, jika tidak dirawat dengan segera ia akan berlaku dalam skala yang lebih besar semasa PRU13 yang akan datang. Kerana kegilaan untuk jadi YB dalam UMNO telah mencecah tahap maksima.
Nampaknya panau dan kurap di dalam UMNO masih tidak habis dirawat. Gelembung-gelembung politik UMNO hanya seperti buih di tengah lautan, nampaknya banyak tapi mudah pecah.
Mala petaka yang mereka hadapi dalam PRU12 yang lepas nampaknya tidak mengajar mereka.
http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/02/panau-dan-kurap-dalam-umno-belum-habis.html

No comments
Post a Comment