IGP: Kes Sarbani, Beng Hock tidak boleh disamakan

KUALA LUMPUR, 7 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed dan Teoh Beng Hock tidak boleh disamakan semata-mata kerana kedua-duanya ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hakikatnya kedua-dua kes adalah berbeza. Kita tidak boleh merumuskan ada yang tidak kena,” kata beliau kepada pemberita.

Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini semalam.

1 comment

Jiwa Kacau said...

memanglah tak sama, seorang islam dan seorang lagi tidak; yang samanya kedua duanya DITERJUNKAN. tak habis-habis nak bodohkan orang.

Powered by Blogger.