Video fitnah tak layak dibawa ke Suruhanjaya Diraja – Sivarasa

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu video fitnah yang tidak ada kepentingan nasional , sebenarnya memperkecil aspek perundangan.

“Penubuhan RCI bukan untuk menyiasat kes melibatkan soal peribadi atau politik tetapi penubuhannya adalah untuk siasatan berhubung kes yang lebih besar.

“Isu video fitnah tidak setaraf dengan kes contohnya klip video Lingam yang lebih besar kerana melibatkan rasuah dan nama baik badan kehakiman negara,” kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau mengulas demikian mengenai desakan penubuhan RCI terhadap video fitnah yang didakwa ditayangkan trio Datuk T di Hotel Carcosa Seri Negara minggu lalu.

Mereka sehingga kini tidak ditahan kerana dlindungi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak bertujuan menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sivarasa turut mempersoal tujuan penubuhan RCI itu memandangkan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KEADILAN, sudah mengesahkan lelaki dalam rakaman itu bukan suaminya.

“Untuk apa tubuh RCI, Wan Azizah sudah keluarkan kenyataan dengan jelas menafikan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar.

“Kita sudah ada bukti yang jelas daripada keluarga beliau. Jika mahu dengar daripada Datuk T sahaja, itu tak boleh dijadikan bukti. Rahim Tamby Chik bukannya berkredibiliti kerana pernah terbabit dalam dakwaan kes rogol remaja bawah umur,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.