Isu Haram Poco-Poco: Berani Kah Jamil Khir Tegur Rosmah?
Poco-poco: Jangan pertikai fatwa negeri Perak, kata Jamil Khir
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 1 April — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu semua pihak tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu berkuat kuasa Januari lalu.
Menurutnya, keputusan jawatankuasa itu mengharamkan tarian poco-poco adalah sah dan ia dibuat berdasarkan kajian dan pemerhatian.
Jelas Jamil Khir, jawatankuasa itu mempunyai autoriti yang sah untuk mengeluarkan fatwa jika dirasakan sesuai termasuk mengharamkan tarian poco-poco.
“Kita kena terima keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco dan negeri wajar mematahi arahan yang dikeluarkan itu.
“Kita jangan keliru, fatwa ini bergantung kepada negeri... mungkin fatwa ini dikeluarkan atas sebab yang sahih dan ia ditentukan oleh jawatankuasa negeri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu selepas poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Jelas Jamil Khir, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan poco-poco tidak haram, namun jawatankuasa negeri masing-masing boleh memutuskan keputusan sekiranya dirasakan perlu.
“Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan kata tidak haram tapi akhirnya ia diserah kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk haramkan atau tidak.
“Kalau kata ia haram, keputusan juga terletak kepada jawatankuasa negeri sama ada untuk gazetkan sebagai fatwa atau tidak, itu semua bergantung kepada negeri,” katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.
Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.
Bagaimanapun, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tarian poco-poco tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.
Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.
“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” katanya.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga khuatir dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa.
“Akibat fatwa poco-poco, habislah semua yang macam ada kaitan dengan agama lain akan haram selepas ini,” kata beliau semalam.

No comments
Post a Comment