YM Raja Idris Raja Kamaruddin Dilantik Sebagai Perunding Eksekutif Dan Penasihat KDEB
SHAH ALAM 12 April - Kerajaan Selangor melantik ahli korporat terkenal, YM Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai Perunding Eksekutif dan Penasihat untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak-anak syarikatnya, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini.
Menurut Tan Sri Khalid pelantikan ini dibuat selepas berunding dengan DYMM Sultan Selangor yang juga berkenan dengan pelantikan YM Raja Idris Raja Kamaruddin.
“Pelantikan YM Raja Idris dibuat melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan berkuatkuasa pada 5 April 2011.Beliau bertanggungjawab memantau dan mengawasi urusan perniagaan KDEB dan anak-anak syarikatnya.
“YM Raja Idris menggantikan Datuk Abdul Karim Munisar yang telah meletak jawatan. Pelantikan ini juga melayakkan beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KDEB dan Pengerusi semua anak-anak syarikat,” katanya.
YM Raja Idris adalah ahli The Institute of Bankers, UK dan The Institute for the Management of Information Systems, UK.Beliau juga adalah perunding kepada Rototype International, UK, Significant Technologies Sdn Bhd dan Markfield Institute Higher Education, Leicestershire.
YM Raja Idris pernah memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat antaranya Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, dan Naib Presiden Rangkaian Komunikasi dan Maklumat Siemens Malaysia.
“Kerajaan Negeri komited untuk memastikan bahawa semua anak-anak syarikat diurus secara profesional dengan menekankan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

No comments
Post a Comment