Penganalisis: PRU Awal Mungkin Tidak
KUALA LUMPUR 1 JUN – Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis.
Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.
Kerajaan semalam mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak purata 7.1 peratus apabila subsidi kerajaan naik hampir sekali ganda kepada AS$6.9 bilion tahun ini.
Namun belum ada sebarang langkah bagi mengurangkan subsidi minyak yang dianggap lebih sensitif tetapi mempunyai impak lebih besar ke atas defisit fiskal.
Namun menurut penganalisis, menaikkan harga minyak tetap dalam perancangan kerajaan.
“Kenaikan tarif elektrik adalah detik percubaan kepada Najib untuk menguji rasa kurang senang orang ramai sebelum beliau memutuskan untuk menaikkan harga bahan api,” kata Bridget Welsh pakar mengenai Malaysia di Universiti Pengurusan Singapura.
Najib dalam ucapannya baru-baru ini mengibaratkan subsidi minyak yang dinikmati rakyat Malaysia sebagai candu tetapi agak berhati-hati dengan kenyataannya kerana tidak mahu pengundi marah sehingga menjejaskan sokongan terhadap BN yang dilanda prestasi terburuk pada pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga pertengahan 2013 tetapi ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya lewat tahun ini berdasarkan kekukuhan pertumbuhan dalam negara (KDNK) yang mencapai paras tertinggi dekad ini pada 7.2 peratus pada 2010.
Tetapi HwangDBS dan JP Morgan berkata dalam nota penyelidikannya jadual itu kini tidak mungkin dipatuhi lagi.
“Pengumuman pada Isnin menunjukkan kerajaan sanggup mengambil tindakan yang tidak popular dari segi politik tetapi positif dari segi ekonomi, ini kemungkinan bermakna pilihan raya akan ditunda sehingga 2012,” kata Hwang DBS.
- Reuters

No comments
Post a Comment