Najib Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor

Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor

Tahniah kepada Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas Selangor walaupun Datuk Seri Najib dan Tan Seri Muhyiddin Yasin begitu kerap sekali turun ke Selangor. Seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga. Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor. Betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah anak pungutan. Pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.

Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat. Andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan. Anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik. Mereka akan pastikan ibu bapa mereka tida dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.

Banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru KAFA kepada RM1500.00, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.

Kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai. Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno. Oleh itu akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka rakyat akan buta agama.

Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula dirasai oleh semua lapisan rakyat. Tidak seperti zaman umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi.

Kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173 juta daripada RM800 juta. BN berhutang, PR tolong bayar. Untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah maka diperuntukan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.

Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insyaAllah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR.

No comments

Powered by Blogger.