Pas tiada masalah dengan PR


Oleh: SAPINAH AB GHANI

KOTA BHARU - Hubungan Pas dan rakan Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas meskipun menghadapi pelbagai isu sen sitif seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibra him di Wall Street Journal baru-baru ini.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof berkata, kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya menarik diri daripada PR hanya bertujuan untuk meme cah belahkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR.

“Suasana hari ini, suasana pilihan raya umum. Kita faham Umno nak tengok Pa katan Rakyat berpecah dan apa yang diwar-warkan me reka adalah ingin meng gam barkan bahawa PR tidak ada persefahaman, sedangkan ka mi memerintah empat negeri, tidak timbul pula ma salah se bagaimana didakwa,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ke nyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyarankan agar Pas menarik diri daripada be kerjasama dengan parti yang secara terangan tidak memperjuangkan Islam.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang tu rut mempersoalkan ke nya taan pemimpin Umno yang tidak memandang ke lemahan diri sendiri sebelum membuat mengkritik ter hadap parti lain.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak perlu mengkaji kedudukan dan hubungannya dalam PR hanya semata-mata desakan beberapa ahli di peringkat akar umbi.

“Memang ada beberapa perkara yang kita berbeza pandangan di antara Pas, PKR dan DAP. Tetapi seperti yang kita sebut sebelum ini, kita menghormati pandangan masing-masing untuk mengekalkan prinsip masing-masing,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.