Nota Ringkas Kenyataan Media YB Dato’ Husam Musa
1. Pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantation – Kerajaan negeri dalam mesyuarat exco pagi tadi bersetuju melantik panel nasihat guaman dalam menyekat pengambilan tanah Felda seluas 55,500 ekar di negeri ini.
Pengambilan tanah itu dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya dan ianya menyalahi akta GSA 1960. Ladang Felda diaktakan di bawah GSA dengan maksud milikan tanah hanya untuk peneroka dan koperasi peneroka.
Buat masa ini Felda Plaintation dimilik 51% oleh peneroka felda melalui Koperasi Peneroka Felda . Bila dipajak pada Felda Global Venture, Koperasi Peneroka Felda akan hanya memiliki 37% dan tidak lagi menajdi pemegang majority dan ini melangga akta GSA 1960.
Kerana itu Kelantan berhak mengambil balik ladang tersebut untuk diagih pada peneroka baru dan sekiranya ini berlaku lebih kurang 8,000 peneroka baru dengan agihan 4 hakter bagi peneroka baru akan diberikan.
2. Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dalam isu perjuangan kaum http://www.malaysiakini.com/news/189864 – Tan Sri Harussani sepatutnya lebih brhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja. Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja.
UMNO selama 54 merdeka gagal membawa Melayu dalam pembangunan Negara. Melayu tercicir. Kegagalan itu nampak dalam kenyataan Tan Sri Harussani, Dato’ Hasan Ali, Dato’ Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Sanusi Junid baru-baru ini.
Kegagalan ini puncanya:
i. Beberapa institusi membangunkan Melayu di zaman Tun Razak telah digugurkan. Bernas telah diswastakan. Tanah-tanah UDA di tengah-tengah bandar telah dijual. MARA makin mati fungsi.
ii. Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam. Islam membawa agenda keadilah, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. UMNO hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan UMNO.
3. Penubuhan JATI – Jati diperalat UMNO untuk menyerang PAS. Kalau benar Jati perjuangkan Islam, melayu dan raja, PAS juga sepatutnya didekati. Bukan dimusuhi.
Pakatan Rakyat mengamalkan pendekatan menghormati antara satu sama lain. Ia bergerak kea rah membetulkan korupsi yang telah menular dalam UMNO. Untuk bergerak ke arah itu, pemimpin dan ahli pakatan Rakyat perlu mengawal emosi dan mengutamakan perpaduan.
PAS adalah parti yang establish, konsisten dan bukan lahir dari picisan suasana. Ia sebuah parti yang kukuh dan besar. Kumpulan picisan ini mengganggu perjuangan PAS. Ia mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dosa orang yang pisahkan diri dengan jemaah adalah dosa besar.
Jati pada bukti zahirnya bukan lahir untuk memperjuangkan ulama’. Buktinya presiden Jati bukan Ulama’. Jika benar Jati memperjuangkan ulama’ kenapa Tan Sri Harussani tidak mengetui Jati sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama’. Dato’ Hasan Ali bukan ulama’ dan dia tinggalkan ulama’ (PAS). Malah menentang ulama’ PAS. Kontradiksi ini jelas.
4. Kelantan, negari paling miskin sebagaimana kenyataan YAB Perdana Menteri di Sabah - Saya dah letih nak memberikan fakta dan data tepat. Ia sebagaimana telah kita tahu yang Kelantan bukan negeri termiskin. Kenyataan politik itu menghina rakyat Kelantan dan mahu menyedapkan hati rakyat Sabah. Pendekatan Pakatan Rakyat bukan mendedahkan negeri mana paling miskin tapi membawa agenda mengurangkan kemiskinan
Jika dilihat kembali data, Kelantan berada pada garis pertengahan. Negeri ke enam dalam paras kemiskinan Negara yang didahului Sabah dan Sarawak.
5. Isu Israel – Isu ini penting bagi PAS. Tapi yang penting juga isu negara kita yang semakin korup. Kita akan dipersoal di hadapan Allah jika meninggalkan perjuangan rakyat ini.
UMNO sengaja menimbulkan isu ini walhal Dato’ Mukhriz Mahathir dalam Malaysiakini semalam http://www.malaysiakini.com/news/189825 telah mendedahkan adanya hubungan perdagangan dengan Israel. Pendedahan itu adalah besar dan menunjukkan polisi kerajaan Melaysia hubungan perniagaan dengan Israel.
6. Manifesto Pakatan Rakyat – Pakatan Rakyat mestilah realistic dalam memberikan contoh bagaimana negara diuruskan dalam menghapuskan korupsi, mengurangkan tanggungan beban rakyat, mengurus tadbir negara tanpa tiris, mengurangkan perbalahan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Pakatan Rakyat membuat manifesto mengikut tuntutan rakyat. Kalau rakyat kata negara perlukan perubahan kepimpinan maka kita mesti bersedia ke arah itu. Apa-apa perselisihan kecil perlu dikurangkan demi tuntutan rakyat itu tadi.
YB Dato' Husam Hj Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan @ Naib Presiden PAS
29 Rabiul Awal 1433 H / 22 Februari 2012 @ Kota Darulnaim
No comments
Post a Comment