Bekas Pengerusi Kita Kedah ada dalam video cubaan beli 2 MP Pakatan


Jun 14 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 14 Jun: Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim antara lima individu yang terdapat dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan).

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Parlimen hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan supaya lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Menurut Khalid, selain Zamil, ada empat lagi individu membabitkan dua wakil Pakatan, seorang pemandu Ahli Parlimen dan seorang lagi ejen Umno.

"Zamil menawarkan RM2 juta kepada wakil Pakatan untuk keluar parti. Wakil Pakatan itu menyatakan jumlah itu tidak cukup.

"Kemudian Zamil katakan itu adalah harga biasa dan dia hanya menerima sedikit sahaja komisen itu," dedah Khalid menerusi tayangan video kali kedua di Bangunan Parlimen.

Turut serta, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ini adalah susulan tayangan pada 7 Jun lalu oleh Khalid di pejabatnya Shah Alam.

Pada ketika itu, beliau tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai individu dalam video tersebut.

Video berdurasi lima minit yang ditayangkan kepada media hari ini memaparkan lima individu sedang berbincang mengenai tawaran jika melompat parti.

Video itu dirakam oleh Pakatan tahun lalu di restoran di sekitar Lembah Klang.

Berikut merupakan kandungan dialog dalam video tersebut:

Wakil Pakatan: 2 juta tak berapa cukuplah!

Ejen BN: 4 batang kayu sahaja...

Wakil Pakatan: Very straight forward...Itu hari saya cerita ada cukup ikhlas ke tak...Saya sudah tanya.

Ejen BN: Ok...Doesn't matter. Kita tolak...business... kita punya maximum is like that.

Zamil: Kita dapat siling saja. Cuma itu Pak Zaharin...Macam hari itu Datuk 'habaq' kata...

Ejen BN: Jangan minta macam tulah...Minta something, minta cash minta something... I open. You have 10 milions. You have 10 millions... You want to take out 2 millions...banyak ohh..Ini orang yang kita letak... Aku dah tengok dah.. Boss ada orang...

Wakil Pakatan: Tapi sekarang saya ada 2 juta juga.

Ejen BN: I know, I know...Myself also involved...Kita understand, kita understand...Chinese juga ada orang macam...

Zamil: Ada macam Pak kata-kata...Cakap dapat lebih dari 2 tu...

Wakil Pakatan: Sedikit adalah!

Ejen BN: Mula-mula dia dah bagi...lepas tu dia increase...Tapi dalam Barisan Nasional dah ada dah (jawatan dan projek)... Ini price mana standardised...projek bergantung pada proposal...

Zamil: Directlah!

No comments

Powered by Blogger.