Mipas: Jangan besarkan isu Thaipusam




SHAH ALAM – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) meminta agar pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak memandang serong terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengenai perarakan Thaipusam pada debat anjuran Sinar Harian, Selasa lalu.

Setiausaha Agungnya, Barathidasan Saminathan berkata, semua pihak perlu melihat secara menyeluruh dan jangan membuat keputusan sesuka hati berdasarkan satu konteks sahaja.

Menurutnya, apa yang dimaksudkan oleh Salahuddin adalah perayaan agama seperti Thaipusam dan Maulidul Rasul boleh berlangsung dengan begitu aman tanpa kehadiran pihak keselamatan yang besar.

”Mipas berpendapat jika kita tidak dapat menerima pandangan Salahuddin terhadap kenyataan yang salah maka adalah wajar untuk kita menegur beliau.

"Tetapi adalah tidak baik dan tidak adil kita menentang semata-mata kerana beliau dari Pakatan Rakyat (PR),” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Barathidasan turut meminta semua pihak tidak mempolitikkan dan meraih publisiti murahan dari kenyataan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.