Sedia dedah akaun, Anwar cabar Muhyiddin ikut sama
Jun 10 2012 / Keadilan Daily
PETALING JAYA 10 Jun: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan mempunyai aset dan wang tunai RM3 bilion.
Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.
Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit.
Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya semalam, lapor Malaysiakini.
Anwar mengulas gesaan Muhyiddin yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
No comments
Post a Comment