Mampukah Bloggers Merobohkan Benteng Media UMNO?

UMNO kini telah meletakkan tentera medianya di barisan hadapan dalam menghadapi Pakatan Rakyat. Dua akhbar Pakatan Rakyat, Harakah dan Suara Keadilan telah digantung penerbitannya selama tiga bulan oleh KDN. Satu daripada kubu PR telah dirobohkan tanpa belas kasihan. Di manakah tentera-tentera akhbar Pakatan Rakyat ini? Apakah mereka telah menjadi bloggers atau mereka terpaksa menggunakan senjata maya yang juga di kuasai oleh UMNO BN?
Tektik Mahadir dan Pak Lah semasa menghadapi awal Reformasi tahun 1999, mereka telah menghadkan penerbitan akhbar harakah daripada 2 kali seminggu kepada 2 kali sebulan. Kemudian mereka terus melakukan serangan-serangan melalui media UMNO BN. Isu-isu sensasi yang dimainkan oleh mereka, tidak dapat di jawab dengan cara yang sistematik oleh media Pakatan Rakyat dan jentera penerangannya.

UMNO BN menggunakan jentera kerajaan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Rakyat terus disogokkan dengan berita satu arah. Sementara itu, ceramah diharamkan dan para pencermah dan pendengar dikelilingi oleh FRU yang sentiasa bertindak atas arahan. Tektik UMNO BN ini tidak dapat dibendung oleh jentera penerangan Pakatan Rakyat walaupun Pakatan Rakyat mempunyai media maya, melalui internet. Akhirnya PR tewas pada PRU 2004.


Keadaan ini terus berlaku sehingga PRU 2008, dimana sejarah mengukirkan PR mampu menafikan majoriti 2/3 UMNO BN di Parlimen. Sehigga timbul isu muqabalah, akhbar Harakah telah dibenarkan terbit 2 kali seminggu. Dalam masa inilah berlaku pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, dimana kedua-dua PRK ini dimenangi oleh PR.
Sekarang, bila Najib jadi presiden UMNO, Harakah dan Suara Keadilan terus di gantung. Dalam masa ini pula berlaku PRK di 2 DUN dan 1 Parlimen. Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan senjata konvensyional mereka iaitu ceramah dan senjata yang baru diuji iaitu senjata maya. Para bloggers tumbuh dari dua kem yang berlawanan iaitu kem PR dan UMNO BN kerana menyangkakan senjata maya sekarang begitu ampuh dalam menghadapi lawan .

Ternyata hingga kini, hujjah-hujjah yang kuat dan jitu berpihak kepada maya Pakatan Rakyat.
Jikalau dalam dua PRK sebelum ini, kedudukan kawasan PRK tersebut adalah terdedah dengan capaian dan penggunaan internet, tetapi PRK di 3 lokasi kali ini adalah sebaliknya. Maka di sini, apakah pengundi di 3 lokasi PRK ini dapat laporan dan berita yang benar atau mereka cuma bergantung kepada media UMNO BN yang terus menggunakan senjata tradisi mereka, iaitu media perdana yang bertukar menjadi media UMNO BN.

Di sinilah akan timbul tanda tanya, apakah para bloggers mampu menerobos benteng pertahanan media UMNO BN dan dapat terus menyampaikan maklumat benar kepada pengundi atau sebaliknya. Jikalau para bloggers terus duduk di papan kekunci semata dan sekali sekali buat ronda dan cuma mengekori MB Nizar , apakah dapat dipastikan media UMNO BN ini dapat diatasi dan maklumat dapat disampaikan kepada pengundi??

Para petugas UMNO terutama wanita dan puterinya telah berkempen kepada pengundi wanita agar tidak mendengar ceramah-ceramah PR, cukuplah duduk di rumah dan mendengar arahan untuk dihari pengundian ini dengan melihat TV dan mendengar radio saja.
Inilah cabaran besar buat bloggers dan senjata maya yang digunakan oleh PR. Pilihan raya 3 PRK ini akan memberikan jawapan terhadap senjata maya yang terus diuji keberkesanannya dari masa kesemasa…

http://seriiskandar.wordpress.com/2009/03/31/mampukah-bloggers-merobohkan-benteng-media-umno/

No comments

Powered by Blogger.