BUKIT SELAMBAU : Tindakan Kalai Bubar PKR Silap


Kalaivanar yang mengisytiharkan keluar dari PKR dan kemudian membubarkan PKR Bahagian Jerai dilihat oleh pemerhati politik sebagai seorang yang mempunyai kepentingan diri di dalam perjuangannya di dalam PKR selama ini.

Beliau kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau 7 April ini. Kempen bermula selepas penamaan calon semalam.

Beliau dikatakan telah sejak dari mula melobi untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau apabila ia diumumkan kosong. Beliau mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan dari akar umbi. Namun pemimpin Hindraf tidak menerima Kalai sebagai pemimpin yang perlu dipilih di dalam pilihanraya Bukit Selambau.

Kalaivanar pernah diberi peluang untuk bertanding di dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 di N22 Gurun yang komposisi masyarakatnya hampir sama dengan Bukit Selambau. Namun Kalai telah tewas pada PRU12 di tangan calon MCA - BN, Leong Yong Kong dengan majoriti 1,554 undi. Pada tahun 2004 Kalai tewas pada Beh Heng Seong dengan majoriti 7,071.

Justeru itu masyarakat India Bukit Selambau menolak kritikan Kalaivanar yang telah menghalakan serangannya kepada pimpinan PKR lantaran tidak terpilih sebagai calon. Dakwaan beliau menyatakan bahawa semua ahli PKR Bahagian Jerai mengikuti jejak langkahnya untuk keluar parti dan menyokong calon selain dari PKR jelas membuktikan kenyataannya itu tidak betul lantaran ahli-ahli parti adalah dari cawangan-cawangan dan bukan bahagian.

Malah terdapat masyarakat India gembira dengan tindakan Kalai tersebut kerana bagi mereka tidak wajar bagi Kalai yang berusia 45 tahun itu gopoh di dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil rakyat apatah lagi exco, satu jawatan yang menjadi idamannya jika terpilih sebagai ADUN. Beliau disifatkan duri dalam daging selama ini di dalam PKR.

Beliau juga tidak dilihat sebagai seorang ahli politik yang jujur dan masyarakat India sendiri merasakan tindakan Kalai tidak akan mempengaruhi lansung pengundi-pengundi Bukit Selambau kerana menurut mereka .. "semua orang kenal lah siapa itu Kalai.. sangat baik PKR tak pilih dia sekarang baru nampak siapa dia sebenar," kata seorang ahli PKR berketurunan India dari Bukit Selambau.

2 comments

hilux said...

Kalai ni sesuai masuk BN jer...orang macam ni tak kita perlukan di dalam Pakatan Rakyat!!! kerana kita sebagai rakyat kenalar berpakat2...

akira8047 said...

Kalau belum kenal perjuangan PR, eloklah masuk BN saja. Kami berjuang memerah keringat dan bersulam air mata, bukan utk duit,harta dan pangkat. semuanya untuk RAKYAT.

KLIK SINI
BUKIT GANTANG ~ umNO pening kepala

Powered by Blogger.