pilihanraya bukit gantang tempat umno taburkan janji!

TAIPING: Barisan Nasional (BN) akan membuktikan pembaharuan dan perubahan dijanjikan kerajaan dilaksanakan dalam tempoh singkat jika pengundi di tiga kerusi pilihan raya kecil di Perak, Kedah dan Sarawak memberikan kemenangan kepada BN.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pilihan raya kecil itu, khususnya di Bukit Gantang pada 7 April ini, juga sangat bermakna kerana ia berlaku ketika pasukan baru Umno diambil alih Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden, selain beliau sendiri sebagai timbalannya.

Dua lagi pilihan raya kecil adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Batang Air.

“Kita harap rakyat yakin terhadap kesungguhan kita untuk membawa perubahan dan pembaharuan yang diharapkan mereka. Beri kita kesempatan untuk membuktikan kesungguhan membawa pembaharuan seperti dijanjikan secara adil dan saksama untuk semua masyarakat, kaum dan kumpulan.

“Jadi ini (pilihan raya kecil) ujian bahawa komitmen kita untuk membawa pembaharuan,” katanya di pusat penamaan calon kerusi Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Taiping di sini, semalam.

Muhyiddin yang mengetuai jentera tiga pilihan raya kecil itu berkata, beliau akan turun memantau kempen BN di semua kerusi berkenaan.


kahkahkah..tabur la banyak2 janji kat BG..kahkaha...rakyat dak muak tengok keegoan puak umno ni! hang nak menunjuk kat rakyat yang hang kaya! ada pangkat! oi....pirahhhhh... makan wang haram rakyat!!!!

No comments

Powered by Blogger.