pujukan ketua yang rasuah!

Khairy rayu Mukhriz, Khir bantu perkuat Pemuda

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin merayu kepada Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo supaya bersama membantunya merapatkan semula barisan pergerakan Pemuda.

Dalam ucapan penggulungan sulungnya selepas terpilih ketua baru sayap itu hari ini, beliau berkata, khidmat dan tunjuk ajar Mukhriz dan Mohd Khir yang menjadi pesaingnya pada pemilihan kali ini amat diperlukannya.

"Walaupun mungkin selepas ini kedua-dua mereka akan meninggalkan barisan Pemuda, saya merayu mereka membantu saya menggembalikan kekuatan Pemuda.

"Ini kerana saya insan biasa yang ada kekurangan. Sebagai orang muda saya masih kerdil, masih cetek pengalaman. Banyak perkara saya pelajari untuk menyusun pergerakan ini," katanya.

No comments

Powered by Blogger.