ayuh kita perjuangkan kebebasan harakah dan suara keadilan!
Oleh Azamin Amin
Gian Menulis. Kali ini tidak berundur lagi. Yang pasti Harakah mesti dibebaskan.Semua ini gara-gara penggantungan Harakah selama tiga bulan bermula titik hitam 23 Mac tempoh hari.
Tiba-tiba Editor English Section, Hirman Firdaus memprovokasi melalui sistem pesanan ringkas:"Kami akan ke Bukit Gantang. Tong-tong (kongsi) minyak RM50 seorang. Makan sendiri-sendiri. Tidur merata". SMS itu bersambung lagi :"Kau tak sihat, rehatlah di rumah atau duduk saja di ofis diam-diam tengok kami perjuangkan Harakah di Bukit Gantang."
Pedih benar ayat itu, getus hati dan bertambah terhiris lagi tatkala saya menahan azab, sakit gigi yang amat sehingga terbit air mata. Tak tertahan lagi. Bergantung pil penahan sakit, saya sambut cabarannya!
Hati terbakar, saya tidak boleh jadi pemerhati. Masa depan tiga cahaya mata mulai kabur lantaran sekatan tidak bermata hati KDN. Mempertaruhkan sumber rezeki keluarga menjadi galang ganti. Minda lebih 200,000 atau 500,000 pembaca dan penyokong setia Harakah bakal terkatup, gelap dan dibelenggu maklumat berat sebelah.Ini tidak boleh dibiarkan lagi
Berkat semangat rakan-rakan, Md Nor Samad, Yusdar Yusuf dan Hirman, kami berempat berganjak dari Kuala Lumpur menghala ke Bukit Gantang jam 12 tengah malam Sabtu lalu. Sebelum itu, sejam awal sebuah kereta meluncur laju dengan semangat pemburu meluru dulu, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Berita Tarmizi Mat Jam, Cikgu Ishak Surin dan wartawan Irwan Zain.
Dua buah kereta ini, sarat muatan yang bakal dimuntahkan dan diselerakkan di bumi Perak. Puluhan banner, kain rentang kemas terikat. Ribuan risalah dan pelekat tersusun rapi di belakang kereta masing-masing. Baju Hitam khas bercetak '23.3 Gantung, Bebaskan Harakah' tidak kami sarung bagi mengelak sebarang prasangka yang mengganggu perancangan dan perjalanan.
Kami tidak mengekori dekat mereka tetapi berjarak perjalanan, kebimbangan ditahan, di sekat dan dirampas di tengah jalan. Sekurang-kurang kami di belakang menjadi kumpulan sokongan dan membuat persiapan susulan.
Dua kali kami berhenti di Hentian Rehat Lebuh Raya melepaskan lelah. Menariknya, di setiap perhentian, dalam pengamatan saya, melihat tanda baju hijau puitih, cukup ramai kelibat penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS berselerakan dan dipercayai menuju ke Bukit Gantang.. Syukur semangat perjuangan berpanjangan.
Kami selamat tiba di Masjid Kuala Kangsar jam 4.00 pagi. Tanpa lengah saya dan Md Nor berkelana di kaki masjid manakala Hirman dan Yusdar lena di dalam kereta. Tidur-tidur ayam merehatkan mata. Sesekali menepis nyamuk yang menyinggah. Kesejukan lantai simen masjid menghimpit dada.Ya, dalam tidur baru saya terasa betapa sabarnya musafir, jemaah tabligh dan manusia daif yang menumpang tidur mengharungi malam-malam mereka begini.
Jam 4.35 pagi, lena kami terganggu. Kelibat seorang lelaki berkopiah putih menyapu di hadapan pintu masjid. Beberapa minit sahaja kemudian lesap. Sungguh. Anjing menyalak sakan. Fikiran mula merawang, namun sebab keletihan amat, terpaksa kesampingkan 'misteri nusantara' itu. Kami bingkas bangun tatkala azan subuh berkumandang. Selesai solat, tanpa mandi kami bergegas meluru ke Taiping melintasi kawasan Bukit Gantang tempat penamaan calon bakal dibuat. Takut tak sempat kerana jalan pasti sesak.
Dua sekatan jalan raya ditempuhi. Namun perang poster dan bendera cukup 'bahagia' walaupun di sana-sini kelibat anggota polis mula merimaskan suasana. Empat buah trak FRU tersusun di sisi simpang Changkat Jering. Seronok melihat pesta warna-warni dan semangat orang di sini. Puluhan motor dibonceng pemuda-pemuda berbaju' PAS For All' dan kereta-kereta bersusun menjunjung bendera hijau putih. Meriah. Atas kertas, Nizar calon kita pasti menang - insya-Allah!
Singgah di sebuah stesen minyak selepas Markas PAS Air Kuning, Taiping untuk membasuh muka dan menukar baju khas kami. Lutfi menghubungi saya.Mereka sudah mula berarak bersama Nizar. Khabarnya Lutfi dan rakan-rakan serta peminat setia memegang sepanduk 'Bebaskan Harakah', menyemarakkan lagi hari penuh sejarah ini.
'23.3 Gantung. Bebaskan Harakah'
Kami bergegas dan berasak-asak di bandar Taiping, pusing mencari 'parking' membuat kepala mula pening. Taman Tasik Taiping, dibanjiri lautan manusia. Percayalah. Tidak pernah dilihat gelombang 'hijau putih dan Nizar Jamaluddin' sebegini marak. Jika api, sudah pasti menjulang tinggi!
Paling unik, kaum Cina antara yang ramai yang sanggup berasak-asak, berpeluh dan berhimpit-himpit. Tidak lupa kaum India juga. Pelbagai penjuru mereka berhimpun di sekitar Bangunan Majlis Perbandaran Taiping berdekatan Taman Tasik. Jauh berjalan kaki antara 3 sehingga 5 kilometer. Kelibat Lutfi dan rakan-rakan, entah di mana. Kami terpisah dengan sebuah bukit, taman permainan dan sebuah gelangggang tenis. Kawasan sekitar kami cukup meriah umpama, pasar tani atau karnival jualan.
Kami memulakan operasi berdekatan dengan ceramah Naib Presiden Mohammad Sabu dan Ngar Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. Edarkan risalah dan 'sticker'. Kelibat kami mula menarik perhatian orang ramai di kaki dan di sisi jalan.
"Bebaskan Harakah! Selamatkan Harakah!" Jerit kami. Walaupun mata mula berpinar dan sedikit terhoyong-hayang kerana tidak cukup tidur namun tujahan orang ramai yang mengerumuni kami, menjadi pencetus semangat. Ada yang bertanya apa maksud '23.3 Gantung' yang tertera di pelekat (Maknanya 23 Mac, tarikh Harakah digantung permit). Ada yang meminta lagi untuk diagihkan kepada rakan-rakan. Tanpa kecuali meminta 'T-Shirt' yang dipakai kami, atau sekurang-kurangnya bertanya dimana ianya boleh dibeli. Kalau berniaga, pasti pisang goreng panas. Tidak sampai 20 minit, 5,000 naskah risalah dan pelekat Harakah laku dan disapu!
Md Nor dan saya tak berpuas hati. Kami hanya edar pada khalayak 'kita' sahaja bukannya di pihak lawan atau orang awam. Semangat mendidih tetapi namun dengan mata yang mula pedih dan tubuh yang tidak seimbang di kala terik mentari memancar, kami tangguhkan dulu perjuangan 'kamikaze' itu.
Kami sambung tugas, selitkan di setiap kenderaan yang di parkir di sisi Taman Tasik dan beri pada kenderaan yang lalu-lalang sehingga berlaku kesesakan jalan raya angkara kami. Habis bahan yang kami bawa dan tika itu terlihat Hirman meluru ke anggota polis dan juga cawangan khas (kami juga sudah kenal watak ini) bukan untuk bertanya tetapi mengedarkan risalah Harakah kepada mereka. Yusdar pula sibuk merakamkan aksi-aksi orang ramai yang menampal pelekat di seluar, baju dan kereta mereka. Fuh! Rasa sungguh bangga.
Lenjun dan badan mula berlengas. Baru saya tahu cabaran, orang yang melakukan tugas-tugas kecil yang pernah saya perhatikan sebelum ini. Betapa payah dan perit peniaga, jurujual, pengedar risalah dan si miskin selama ini mencari sesuap nasi dibakar matahari. Ya kali ini, giliran saya dan rakan-rakan diuji dan merasa denyut nadi rakyat bawahan walaupun kami sebenarnya pun bukan orang atasan.
Tepat jam 10 pagi, walaupun baru dua jam berada di tanah Taiping, pusingan pertama misi kami tercapai. Ini masih perjuangan kecil. Kami tidak bertembung Lutfi dan rakan-rakan, kerana terpisah antara puluhan ribu manusia yang melimpah. Sungguhpun begitu Md Nor sempat bertemu adiknya yang turut bersemangat menjual baju-baju penyokong Pakatan Rakyat.
Sedikit resah. Tidak dapat berjumpa ayahanda saya yang turut bersemangat berada antara 'gelombang' rakyat. Ayah berada di atas bukit manakala saya di celah kekalutan manusia di jalan raya. Sungguhpun bertubi-tubi sms dan panggilan dibuat untuk bertemu, namun kami berdua tidak mampu meredah bukit dan lautan manusia. Diizinkan tuhan, kita bertemu lagi ayahandaku...sms akhir saya padanya.
Tepat jam 12 tengah hari, kami meluncur pulang. Walaupun seketika, hati terasa puas, langkah pertama membebaskan Harakah telah kami lakukan. Walaupun ianya masih 'kecil' dan sekadar suara halus dari hati yang mulus, namun harapan agar ianya membekas di hati pembaca, penyokong setia hatta musuh dilawan agar sudi bersama-sama membebaskan Harakah yang selama ini naiwaitunya 'Memerdekakan Minda Rakyat'!
Perjuangan saya dan rakan-rakan hanya secebis jika dibandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat, pemimpin dan juga para pencinta keadilan yang diasak teruk, dibelasah, dihina, terperusuk di penjara, hilang pekerjaan, terpisah anak isteri, tercedera, berdarah dan terkorban demi agama Allah dan membela nasib rakyat.
Teringat nasihat seorang sahabat kepada saya agar terus semangat :
"Analoginya kita sama-sama ingin menumbangkan sepohon kayu tua dan sangat besar serta berpuaka. Maka jalankanlah peranan masing-masing. Yang mampu panjat sampai ke pucuk, cantaslah pucuk. Yang mampu sampai ke dahan, takeklah dahan. Yang ada kapak besar, takek di tengah batangnya, yang hanya mampu luruhkan daunnya, jatuhkanlah sebanyak mungkin, yang berupaya
menetak banirnya, tetaklah biar sampai putus!!!"
Ya bertemu di lain gelanggang, kami kembali ke pangkuan keluarga dan sikecil comel yang risau menunggu...dan kami akan datang lagi, tunggu!
(Sebarang kritikan dan pandangan, bolehlah dimajukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

No comments
Post a Comment