Media Perdana Dinodai Oleh UMNO CELAKA
"Kempen BN, PR guna isu sultan
Bukit Gantang: BN dan PR saling tudung menuduh mengenai derhaka kepada istana."
Dan ada juga tajuk ini,
"Bukan cara BN kempen tuduh menuduh: Pak Lah."
Di bawah tajuk ini ada kenyataan Pak Lah,
"Itu cara pembangkang. Kita memang tidak setuju langsung dengan kempen cara itu. Tuduh menuduh dalam politik akan berlaku walaupun kita tidak suka. Rakyat akan tahulah.. Yang ini suka mengata, yang ini cakap pasal nak membangun.. takkan rakyat tak faham - Pak Lah"
Kenyataan Pak Lah seperti menghalalkan tuduh menuduh melibatkan UMNO dan mengharamkan tuduh menuduh yang PAS lakukan. Mungkin Pak Lah sekarang berkecamuk dengan desakan untuk percepatkan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Najib.
Saya cukup bersetuju dengan laporan 'Cikgu' saya mengenai media sekarang ini, sila baca Blog/Akhbar proUMNO mula serang Nizar, beliau merupakan 'Cikgu Politik' saya.
Mstar Online melaporkan,
"Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik."
Pelik dengan kenyataan tersebut, kerana kenyataan tersebut di bawah tajuk Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang.
Media berlakon seolah-olah majlis yang UMNO adakan tidak salah, tidak kira buat di masjid, dewan orang ramai dan di mana-mana sahaja. Jika PAS buat, ia merupakan satu kesalahan dan harus diharamkan. Bagaikan opera!
Teringat rangkap lagu kumpulan Wings - Opera Hidup,
"Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..
Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Aksi insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..
Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya
Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..
Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..
Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya "
Dengar lagu tersebut pasti anda dapat menghayati bagaimana susah payahnya kita untuk merungkaikan belitan fakta yang dibuat oleh UMNO CELAKA itu. Namun jangan patah semangat. Masih ada jalan lagi untuk kita melawan.
Apa guna ada jentera dan bloggers yang sanggup berkorban di Bukit Gantang ini. Semoga ia dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan untuk memenangkan calon PAS iaitu Ir Nizar di Bukit Gantang ini. InsyAllah.
Mapuh UMNO!
Artikel ini juga patut dibaca -
Kenapa Imam Pilih Nizar?
Anugerah Datuk buat Nizar
Rakyat diperbodohkan oleh UMNO
BUKIT GANTANG : Rakyat Perak Tangkis Hujah Muhyiddin Berkenaan Referendum
DILARANG SENTUH ISU ALTANTUYA DI BUKIT GANTANG (satu lagi demokrasi taik kucing BN)
-
p/s Saya tidak pernah menyalahkan wartawan Media Perdana, mereka hanya menjalankan tugas, cuma UMNO sahaja yang CELAKA yang memutar belitkan kenyataan di Media Perdana.
http://peraknews.blogspot.com/
No comments
Post a Comment