Umno tidak dilihat perjuangkan Islam tapi perjuang islam hadhari

Umno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.

Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.

Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.

"Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.

"Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) - walaupun belajar agama - tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.

"Persepsi ini amat bahaya kepada Umno," katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan.

"Sedangkan (bagi) pembangkang, tak payah belajar, yang belajar sains pertanian pun dipanggil ustaz.

Imej agama

"Mereka ini dipandang lebih tinggi berbanding dengan tokoh-tokoh agama dalam umno," tambahnya.

Sehubungan itu, Syahrin menyarankan supaya Presiden baru Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan imej agama dalam Umno.

Untuk tujuan itu, katanya, media massa perlu memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.

"Program dalam saluran-saluran di televisyen tidak mencerminkan perjuangan agama yang hendak kita bawa.

"(Manakala) program-program ilmu yang berteraska agama adalah banyak dan mendapat pengikut yang ramai.

Panel syariah

"Tetapi rancangan itu disiarkan pada waktu yang tidak sesuai...tengah malam, (masa) orang tengah mengantuk," tambahnya.

Menurut Syahrin, ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tajaan untuk menayangnya pada waktu perdana.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Haji menaja program berkenaan untuk ditayangkan pada waktu perdana.

Beliau juga menyarankan supaya ditubuhka panel syariah di stesen televisyen swasta kerana kebelakangan ini "banyak cerita-cerita Indon yang pelik-pelik disiarkan".

Selain itu, katanya, penubuhan panel itu juga menjadi pelaburan dalam usaha untuk memulihkan semula imej Umno dan untuk pembangunan modal insan Islam.


kahkahkahkah....umno perjuang islam?kahkahkahkah....awat hang tak tau ke yang pak lah dok perjuang islam hadhari?kahkahkahkahkah.....kahkahkahkah...islam memang umno tak perjuangkan tapi perjuangkan islam hadhari!

No comments

Powered by Blogger.