Khairy akan digugur?
Ingat selepas dua hari berturut-turut Khairy di boo, redalah di hari akhir persidangan.
Rupanya tidak. Bukan sahaja berkali-kali di boo semalam bila nama Khairy disebut, malah dia di boo semasa sesi penggulungan oleh penjawat-penjawat utama dan penangguhan mesyuarat oleh Presiden parti yang tersiar langsung di televisyen.
Kalau diikutkan, sepatutnya 304 keldai-keldai yang berfikir menggunakan poket seluar patut naik sama di atas podium merasakan malunya di boo oleh perwakilan-perwakilan. Mereka yang boo Khairy melibatkan perwakilan biasa juga.
Terdengar ada seorang ADUN merungut menyebut, "Sudah habis itu, sudahlah." Dia seolah-olah tidak senang melihat orang ramai di dewan meraikan Mukhriz di akhir Persidangan.
Korek-korek punya korek cerita rupanya ada dua sebab orang marah membengkak dengan Khairy. Pada kebanyakkan orang UMNO, rata-rata pendirian adalah untuk menyelamatkan parti hanya asal bukan Khairy sebagai ketua Pemuda.
Banyak ahli-ahli UMNO tidak tahu macam mana nak jawab kepada akarumbi di kampung bila ditanya kenapa Ketua Pemuda dimenangi oleh orang yang didapati salah kerana politik wang?
Malam tadi di Bernama TV, Tan Sri Sanusi Junid mempersoalkan konsistensi Jawatankuasa Disiplin. Tan Sri Isa Samad digantung keahlian selama tiga tahun dan dipecat dari jawatan Naib Presiden dan Menteri. Dato Seri Ali Rustam pula hanya tidak dibenarkan bertanding. Khairy melakukan kesalahan yang sama dengan Ali tetapi hanya amaran dan dibenarkan bertanding.
Ada pihak kata Khairy dibenarkan bertanding supaya kekal ada perlawanan tiga penjuru. Dari jangkaan, Mukhriz pasti kalah kalau satu lawan satu. Teori merepek kerana salah tetap salah. Itu prinsipnya.
Dari cerita-cerita mereka yang terlibat di PWTC, laporan yang dibuat sepatutnya boleh mensabitkan Khairy dengan politik wang tetapi ada campur tangan dari Kuwait.
Dikatakan dalam satu majlis, seorang tukang kempen Khairy secara terbuka mengatakan Khairy membantu mereka mendapat projek-projek dan peruntukkan-peruntukkan. Itu sudah satu pengakuan dan bukti kegiatan rasuah .
Kalau mengikut kod etika parti, Khairy telah melakukan satu kesalahan kempen. Penyokong Khairy telah meletakkan kain rentang berkempen yang sepatutnya tidak boleh dilakukan. Pasti ia hanya dikenakan amaran sahaja.
Yang menjadi bisikan sesama yang hadhir di PWTC semalam adalah penipuan mengundi. Dr Mahathir pun merasakan sesuatu tidak kena apabila memakan masa enam jam untuk mengira undi sebanyak 791 undi. Rupanya tiga jam dihabiskan masa bertengkar mengenai cara pengesahan undi.
Semasa itu, kotak-kotak undi diletakkan dalam satu bilik tanpa ada wakil calun dibenarkan duduk bersama mengawal. Ini menimbulkan kecurigaan berlaku penukaran kotak kerana kotak terakhir dipenuhi undi Khairy sahaja dan ini terus memberikannya kemenangan.
Selalunya semasa pengiraan undi, hanya mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilihan sahaja yang boleh keluar dan masuk bilik pengiraan. Ramai menyedari Setiausaha Kerja UMNO, Jeneral Hussainay yang terang-terang adalah henchman Pak Lah dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Shahrul Zaman dilihat keluar masuk bilik pengiraan.
Shahrul, yang diketahui ramai adalah budak KJ, dilihat pergi balik ke komputer mengisi maklumat yang dicurigai adalah pemastiaan undi perwakilan kepada Khairy. Pengundi-pengundi untuk KJ telah dibayar sebahagian sebelum pengundiaan dan untuk mendapat bayaran selebihnya, mereka perlu menunjukkan undi mereka kepada orang tertentu untuk kepastian bagi mendapat bayaran selebihnya.
Desas desus semalam mengatakan hayat Khairy sebagai Ketua Pemuda hanya sekejap kerana fail Khairy di Jawatankuasa Disiplin masih belum tutup. Laporan-laporan telah dan akan dibuat terhadap Khairy ke Balai Polis, SPRM dan Jawatankuasa Disiplin.
Desakan seorang pembahas supaya isu rasuah wang tidak dibesar-besarkan tidak boleh dihiraukan. Pihak pengurusan UMNO mesti melakukan sesuatu untuk meyakinkan ahli akarumbi dan pengundi bahawa mereka serius untuk membenteras wang.
Sentimen yang menentang terhadap Khairy terlalu kuat dan seperti yang saya katakan berkali-kali Khairy adalah liabiliti pada UMNO. Hanya dengan pengguguran Khairy sahaja baru ahli akarumbi dan orang ramai akan berpuas hati.
Menyedari sentimen yang kuat menentang Khairy, Pak Lah cuba memujuk dengan menyatakan lambat laun orang akan menerima Khairy. Dia membandingkan dengan semasa kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO.
Pendapatnya jelas menunjukkan Pak Lah masih kekal dengan sikap tidak menerima kenyataan. Pada hari pembukaan, dia mengatakan kegagalannya kerana dia dipersendakan dan tidak mengakui kesalahan tindakan-tindakannya. Sebenarnya, Anwar berusaha memujuk dan mengambil hati ahli semasa memasuki UMNO. Khairy tidak mengusahakan sedemikian dan terus dengan kelakuan yang angkuh dan membuat orang meluat.
Tidak berapa minit dia menang, dia menepuk dadanya dan mengangkat tangan dengan gaya megah. Dalam ucapan pertamanya, dia boleh menyebut memberi "arahan". Khairy akan membawa budaya cliquish yang akan meneruskan perpecahan dalam Pemuda UMNO.
Desas desus kuat mengatakan Khairy akan digugurkan tidak lama lagi dan Dato Razali Ibrahim akan dijadikan Pemangku Ketua Pemuda UMNO.
Namun begitu, seorang wartawan memberitahu ianya mungkin tidak boleh dilakukan kerana sebahagain dari persefahaman untuk Pak Lah meletakkan surat perletakkan jawatan. Maklumat lain berkata persefahaman itu bukan melibatkan Khairy.
Mungkin ianya boleh diketahui selepas tiga pilihanraya kecil serentak ini. Sementara itu, UMNO terpaksa terus menanggung Khairy sebagai mayat hidup.
No comments
Post a Comment