kemaskini nizar imamkan zambry: najib,rakyat bukit gantang rindukan imam besar najib!
Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya kulupsakah.blogspot.com dengan tajuk 'calon BN doakan kemenangan PR?'
Lolongan awal media utama lidah UMNO cubaa mengekspolitasi isu ini dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.
Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:
1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.
IMAM BESAR UMNO
"Dalam bersorak kegembiraan kerana ada presiden dan timbalan presiden baru yang menjadi imam besar dan timbalan imam besar, jangan kita lupa imam besar lama kita, Pak Lah (Abdullah), kita terhutang budi kepada Pak Lah," katanya.
SUMBER KLIK DI SINI
Wajah seorang 'imam' Umno yang baru.
"Dalam bersorak kegembiraan kerana ada presiden dan timbalan presiden baru yang menjadi imam besar dan timbalan imam besar, jangan kita lupa imam besar lama kita, Pak Lah (Abdullah), kita terhutang budi kepada Pak Lah," katanya.
SUMBER KLIK DI SINI
Wajah seorang 'imam' Umno yang baru.
Dibawah ini pula Imam Sah bagi Kerajaan Negeri Perak cum Calon Parlimen P.59 Bukit Gantang.
Dan ini pula IMAM RAKYAT - Imam rakyat yang sering mengimamkan solat fardhu berjemaah di surau-surau dan masjid,
Imam yang cukup disegani oleh sekelian rakyat marhaen Perak.
Orang Pas solat berimamkan orang Umno, tak kecoh pun...Orang Umno solat berimamkan orang PAS, masuk Utusan...kecoh 1 negara..! Apa punya turr..la lu zambry..bikin malu ex-student Form 6 SPBG sajaa...! wak!
1 comment
apa ke hapraknya pemimpin Umno.
bab solat dah memang wajib. tak payah diperbesarkan.
takkan hangpa sembahyang bertuhankan politik
Ahli PEKIDA dihukum gantung
Post a Comment