INI YANG BARU DALAM PAS


Assalamualaikum.

Kehadhiran penyokong dari kalangan orang India pada hari penamaan calon pada pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah suatu fenomena baru dalam politik PAS. Walau pun ia telah bertapak sejak pilihanraya umum 12 pada Mac 2008, namun bertambahnya jumlah penyokong ini adalah susuatu yang baru dan sangat memberangsangkan.

10 tahun yang lalu semasa saya mengepalai satu jentera pilihan raya PAS, adalah terlalu sukar untuk mendapat sokongan daripada
2 kelompok penduduk, orang Asli dan orang India. Tetapi pada hari ini, tembok tersebut telah dipecahkan dan mereka, penyokong dari kalangan orang India ini terus memberikan sokongan yang padu dan gigih kepada PAS.


Mau tidak mau, UMNO/BN harus mengakui bahawa mereka akan kalah dalam prk Bkt Gantang ini. Sokongan daripada pelbagai kaum sekarang semakin menonjol, dan kemeluatan rakyat terhadap UMNO/BN semakin menular.

Tiada lagi sebarang perkara yang boleh membrekkan UMNO/BN daripada gelongsoran ini.

Graviti sentiasa menarik UMNO/BN ke bawah. Sehingga mereka tersungkur.

http://hamirdin.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.