Pas perjuangkan Islam, punca Ulama tinggalkan Umno
“Tentulah tidak hairan mengapa mereka (Ulama’) menyokong parti PAS… kerana mereka ini dilahirkan oleh PAS,” -Perwakilam Umno Perak, Khusairi Abdul Hamid
Orang-orang yang ingin berjuang untuk Islam akan mencari teman dan kumpulan yang sealiran dengan perjuangan mereka. Maka tidak hairanlah jika ramai Ulama’ tinggalkan Umno dan masuk Pas kerana dalam Pas mereka boleh bersama dengan ramai pejuang Islam bukannya seperti pejuang bangsa dalam Umno.
Perjuangan bangsa tidak ke mana tetapi Islam itu luas, seluas-luasnya. Maka sesiapa pun yang belajar tentang Islam akan melihat Pas sebagai saluran terbaik untuk berjuang. Malah dengan sendirinya ramai ahli Pas berebut-rebut buka sekolah tahfiz kerana berazam lahirkan Ulama’, Tapi dalam Umno mereka sibuk nak buat PPSMI kerana nak lahirkan ramai orang pandai Bahasa Inggeris sahaja.
Matlamatnya sempit maka, hasilnya juga sedikit. Begitulah nasib Umno. Sudah terantuk baru nak sedar diri.
Buatlah apa pun, tapai kalau niatnya tak betul maka hasilnya juga tak betul. Kalau Umno bukan ribuan sekolah tahfiz sekalipun, saya yakin pelajar-pelajarnya akan masuk Pas atau pun menjadi Ular dalam semak buaknnya Ulama’ kerana mereka sendiri tidak faham mereka nak bawa ke mana Ilmu mereka dalam Umno yang bukannya pejuang Islam!
No comments
Post a Comment