Pemimpin bersih tuntutan Islam – Presiden PAS


KUALA SEPETANG, 31 Mac: Presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi dari kalangan masyarakat Islam supaya memilih mereka yang bersih dari sebarang keaiban untuk menjadi pemimpin.

“Kita amat malu pada orang bukan Islam di seluruh dunia sekarang ini yang mementingkan keperibadian calon yang bersih untuk dipilih memikul amanah rakyat.

“Dengan memilih calon yang tepat, membolehkan beliau berperanan dengan baik dan berkesan di dalam dewan parlimen nanti bagi membawa hasrat dan masyarakat,” tegas beliau.

Abdul Hadi juga sempat mengisahkan cerita semut yang bijak di dalam memilih pemimpin mereka meskipun tentera Nabi Sulaiman banyak membawa makanan yang jatuh.

“Ini kerana pemimpin semut bimbang jika rakyatnya akan dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman,” tergasnya yang meminta pengundi agar bertindak bijak di dalam memilih pemimpin mereka.

Pengundi di Parlimen Bukit Gantang wajar bertindak paling bijak dengan memilih calon PAS, Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah terbukti berjaya membawa perubahan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Perak sebelas bulan lalu.

Dalam gesaannya, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pilihan raya bukan hanya setakat jalan raya sahaja kerana masih banyak perkara utama menjadi keperluan dalam kehidupan manusia.

Turut berucap di dalam majlis di DUN Kuala Sepetang itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkifli Mohamed Omar...IBH

No comments

Powered by Blogger.