Seronok Tengok Penyokong Khairy dan Najib 'Bertempur' Di Bukit Gantang

Banyak sekali berita-berita menarik sepanjang hari penamaan calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai hari ini. Ia pasti menjadi corat coret pilihanraya yang akan dibincangkan selama beberapa ketika sebelum ada pemecah berita baru yang lebih menarik.

Pusingan pertama pilihanraya menampakkan PR sudah menewaskan BN 1-0. Di pusat penamaan calon Bukit Selambau, penyokong PR seramai kira-kira 10,000 menenggelamkan kehadiran 4,000 orang penyokong BN. Di Bukit Gantang pula 3,000 penyokong BN ditenggelamkan oleh 15,000 penyokong PR.

Yang paling menarik dalam tiga pilihanraya ini ialah penyertaan calon. 20 calon bertanding untuk 3 kerusi adalah satu rekod yang memecahkan Guiness Record of Malaysia. Yang paling ramai ialah 15 calon yang bertanding di Bukit Selambau. Mengapa ramai yang berminat dengan kerusi ini tiada siapa yang tahu. Tak kan pula tawaran untuk menjadi EXCO Kedah menarik penyertaan seramai itu.

Dalam mana-mana pilihanraya tidak pernah berlaku penyokong-penyokong dalam satu parti yang sama bergasak sesama sendiri. Tapi hal itu terjadi di Bukit Gantang, apabila penyokong-penyokong-penyokong Khairy dan Najib 'bertempur' kira-kira pada jam 10.45 pagi. Suasana agak tegang apabila mereka bergaduh sesama sendiri sehingga memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.Nampaknya bahang perebutan dalam jawatan tertinggi UMNO yang berakhir kelmarin masih terbawa-bawa ke Bukit Gantang.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments

Powered by Blogger.