Abdullah hadap Agong 2 April, maklum letak jawatan PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasrat letak jawatan Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.
Beliau berkata demikian semasa mengulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
Pada Selasa lalu Abdullah yang juga Presiden Umno meminta mana-mana pihak "jangan mengganggu" beliau dengan mendesak mengumumkan tarik serah jawatan Perdana Menteri.
Dalam ucapan Dasar Presidennya kelmarin, Abdullah berkata, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Mohd Najid Tun Razak yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Difahamkan Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir Rabu depan.

No comments
Post a Comment