akhlak najib: Bukit Gantang, hantu Altantuya dan 13 Mei
Ketika berucap pada Majlis Menyambut Kepulangan Lim Guan Eng di Bukit Mertajam 29 September 1999 di Dewan Moral Uplifting Society yang dirakam Pemuda Umno, Naib Presiden Keadilan ketika itu, Marina Yusuf dilaporkan berkata:
"Saya nak cakap pada orang Melayu, Cina, India, punca 13 Mei dimulakan oleh Umno. Masa itu dirancang oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Selangor diketuai oleh Datuk Harun (Idris).
"Jadi orang Cina jangan ingat dia sokong Barisan (Nasional) itu bagus kerana dulu orang Umno dalam Barisan yang membunuh orang Cina."
Dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengkhianatinya (dikutip daripada prakata buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd - gambar di sebelah adalah buku asal terbitan Utusan).
Dalam bukunya May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969, Kuala Lumpur, Dr Kua Kia Soong mendakwa, rusuhan tersebut adalah satu pakatan yang dirancangkan oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpini Tunku. Beliau seterusnya mendakwa, gerakan yang mahu menjatuhkan kepimpinan Tunku diketuai oleh timbalannya, Tun Abdul Razak.
Apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah Marina dan Dr Kua tidak dibicarakan habis-habisan serta dijatuhkan apa jua hukuman berikutan dakwaan mereka itu? Apakah yang dibimbangi oleh pihak yang mahu mendakwa?
Saya bangkitkan perkara ini berikutan apa yang saya alami di Bukit Gantang semalam. Apabila disebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak, penduduk di kawasan itu bukan sahaja dengan spontan menyebut "Altantuya" (ada menyanyikan lagu Najib Razak, Najib Razak, Altantuya...), malah ada yang mengaitkan beliau dengan ayahandanya dan peristiwa 13 Mei.
Saya hanya melaporkan sahaja dan tak berani kata apa-apa. Takut! (Sila klik imej Utusan Malaysia di atas untuk besarkan)
Berita berkaitan yang saya temui:

Naib presiden Parti Keadilan Marina Yusoff, yang pernah dilaporkan menuduh Umno dan polis bertanggungjawab mencetuskan tragedi 13 Mei, hari ini menyeru kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat peristiwa itu agar rakyat mendapat gambaran sebenar mengenainya.
Katanya siasatan bebas itu perlu supaya semua pihak terutamanya kaum Cina, tidak dihantui dengan tragedi itu.
"Rakyat perlu tahu keadaan sebenar tentang peristiwa itu agar isu sensitif itu tidak dieksploitasi sebagai senjata politik oleh mana-mana pihak untuk menakut serta menggugut rakyat," katanya pada sidang berita di ibu pejabat parti itu.
Turut hadir Ketua Penerangan Keadilan Ruslan Kassim, Setiausaha Agung Mohd Annuar Tahir, ahli Majlis Tertinggi, Dr Mohd Noor Nawawi dan Goh Keat Peng serta Penolong Setiausaha Pemuda Kebangsaan N. Gobalakrishnan.
Ditanya tentang laporan polis terhadap beliau berhubung kenyataannya bahawa Umno dan polis terbabit mencetuskan peristiwa berdarah itu, Marina mendakwa media massa cuba memutar belitkan percakapan dan kenyataan beliau yang sebenar.
Katanya, pada 29 Sept lepas beliau hanya "menjawab hasutan" pemimpin Umno yang mengugut kaum Cina kononnya peristiwa 13 Mei akan berulang jika mereka tidak mengundi Barisan Nasional.
Marina berkata beliau hanya cuba menenangkan keadaan agar kaum Cina tidak berasa takut serta mengundi mengikut pilihan sendiri.
Beliau juga menjelaskan bahawa pihak polis, yang bertanggungjawab menjaga keamanan, telah mengeluarkan permit kepada Umno dan gagal mengawal perarakan pada hari kejadian sehingga rusuhan berlaku dan perintah darurat terpaksa diisytiharkan.
Dua laporan polis telah dibuat terhadapnya iaitu oleh pemangku Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Polis Diraja Malaysia ACP Kamaruddin Mat Desa.
Marina, yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba memutar belitkan kenyataan beliau.
Komen-komen pada imej di atas di sini.
malunya sapa sokong umno! pemimpin teru.makan wang haram.rasuah. kakahkahkahkah..malu anak cucu...

No comments
Post a Comment