Black Operation@Bukit Gantang (Bhg i) - malaysiakini


Ini bukan projek Bloggers Network@Bukit Gantang... tetapi projek yang dirancang oleh UMNO untuk merampas kembali Bukit Gantang dari tangan Pas. Operasi ini dilakukan dengan penuh kerahsiaan... sehinggakan kepimpinan UMNO Bukit Gantang sendiri tidak mengetahui tentang kewujudan projek ini. Semuanya di lakukan oleh sekumpulan komando bebas yang mendapat arahan terus dari Najib Tun Razak.

Projek Black Operation dilakukan dengan penuh kerahsiaan... atau pun disebut "covert operations" dan operasi ini dilakukan didalam kategori deniable iaitu untuk menidakan kemenangan dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Untuk tujuan ini tumpuan hanya dilakukan kepada operasi berikut :

Black Propaganda :

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah palsu yang bertujuan untuk memalukan Pakatan Rakyat.

Poster poster dan risalah yang akan di pasang di tempat tempat yang strategic dan di lakukan seolah olah dari PR.

Grey propaganda :

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah yang tidak mempunyai identiti penganjur bertujuan untuk meneutralkan penyokong hard core.

"making enemies believe falsehoods using straw argument to make someone believe "A", one releases as grey propaganda "B", the opposite of "A". In phase two, "B" is discredited using some strawman. The enemy will then assume "A" to be true".

WhitePropaganda :

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah benar dari BN untuk menangkis tohmahan dan serangan dari PR.

Perlaksanaan akan dilakukan oleh Black Operator secara covert dan tidak boleh didokumentasikan Bagi projek ini, sejumlah Lima Puluh Ribu ringgit (RM50,000) diperlukan.

Bagi membantu menjayakan projek ini, sejumlah Bloggers diperlukan untuk membuat propaganda-propaganda dan sejumlah 30,000 ringgit (RM30,000) telah diperuntukan.

-PerakExpress.com

No comments

Powered by Blogger.